7 February 2014

Buat Kali yang kedua..

ASSALAMUALAIKUM....

Buat kali yang kedua... Al-kisah lanjutan penggembaraan kami budak-budak yang dah cukup umur tapi tetap tak ingin nak sedar lagi. Cerita kali ini berkisah tentang kembali ke universiti untuk semester yang kedua. Tepat pada 03/02/14 kami mendaftarkan diri di mahallah masing-masing. Tarikh ini istimewa kerana pada tarikh ini seorang insan yang aku sayang lahir ke dunia menghiburkan kami semua.

Buat pertama kali hidup sebagai budak UIA, aku teramat penat dengan sesi add/drop. Terasa bagaikan tidak ingin mengulangi kisah ini lagi. Tetapi tidak mengapa, mungkin sahaja Allah mahu menguji dan aku sangat bersyukur kerana semua ini bukan aku lalui bersendirian. Dalam penat, perit, lelah, tetap juga kami bergelak-tawa dan sekali lagi memori indah tercipta dan akan aku simpan buat selama-lamanya.

Buat kawan-kawan aku yang ada terbaca blog aku...aku nak cakap aku sayang kamu semua....
hahahahaha.....

Terima kasih.
08/02/14
15:31 pm