15 March 2013

Untuk Dia...





untuk bakal imamku, bakal pemaisuri hatimu ini mungkin seorang yang degil, ganas, kasar, manja, mengada, dan sebagainya. bersabarlah. tabahlah.

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah menjodohkan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah


Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh melengkapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

Kerana
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu.

Aku sedang belajar menjaga diri, menjaga pandangan dan hatiku, agar ketika kau memiliki hati ini, hati ini masih utuh sempurna hanya untukmu…
Dan aku berharap bakal imamlu juga sedang memikirkan nikmat kemanisan rumah tangga bila mana hati dan nafsu menurut jalan ALLAH..

Aku sedang menempa diri, untuk menjadi seorang Khadijah untukmu, yang menjadi tempatmu membagi resah… seseorang yang kau datang padanya, saat kau tak tahu lagi akan datang pada siapa… seseorang yang menguatkanmu dan menggenggam slalu tanganmu dalam perjalanan jihadmu…

Akupun ingin menjadi ‘Aisyahmu, seorang yang membuatmu tersenyum dan kembali ceria saat penatmu mulai datang, seorang yang menyerap ilmu darimu dengan sempurna dan membenarkan apa-apa yang salah dalam lakumu, seseorang yang mencintaimu dengan cemburunya, namun kau rasakan sakitnya,saat ia tersakiti, hingga kau katakan pada yg lain “janganlah kau sakiti aku dengan cara menyakti ‘Aisyah”…

Aku ingin menjadi Fatimah, yang tak kau bagi cintamu pada yang lain.. bukan kerana aku tak percaya kau tidak dapat berlaku adil, tapi kerana aku ingin mencintaimu dengan sempurna, tanpa diganggu oleh cemburuku, itu saja !!
Cemburuku hanya untukmu, jagalah hati ini sebagaimana ALLAH menjaga hatiku...

Tak kalah lagi, aku ingin menjadi seperti ibunda Hajar, yang tak gentar saat kau tinggalkan di padang pasir tandus dengan seorang bayi mungil di pelukan.. tak takut akan kehilanganmu, kerana keyakinanku pada Rabbku lebih besar daripada yakinku padamu… cintaku padamu, tak akan mengalahkan cintaku pada Rabbku…
kerana cinta yang hakiki itu hanya milik ALLAH...

Usahaku ini tidak mudah , begitupun usahamu..kuyakin itu..
Maka tetaplah dalam jihadmu..tetaplah dalam usahamu..tetaplah dalam ikhtiarmu… aku yakin kau kuat disana, dan doakanlah agar akupun kuat disini dalam jihad dan ikhtiarku…bawalah aku dalam tiap doa dan sujudmu, kumohon… kerana doa yg dapat menolongku…

Hingga saatnya, kita bertemu dalam ikatan suci menyempurnakan separuh dien… dan kita akan melanjutkan jihad kita bersama…

Dan nanti..terimalah aku apa adanya jika aku belum bisa menjadi Khadijahmu, ‘Aisyahmu atau bahkan menjadi seperti ibunda Hajar… tapi bimbinglah aku menjadi seperti mereka… dan kita bimbing bersama mujahid muda kita nanti tuk melanjutkan perjuangan dakwah ini…

Teruntukmu yang ada disana,kuatlah..dan bersabarlah…
Bawalah aku dalam doa dan sujudmu, agar cinta kita nanti, hanya kerana-Nya…Aamiin..

Bersabarlah andai kita belum lagi disatukan, sakit diri menahan gelora... Hanya ALLAH yng thu...
Aku tahu dirimu juga sepertiku, tidak cukup kuat menahan itu semua...
Tapi jgn gundah, jika kita mengikut syariat ALLAH...
DIA pasti akan memakbulkan doa kita..
Agar cepat disatukan...
AMEEN...

# UNTUK INSAN TERISTIMEWA DIHATIKU... JAGALAH HATIMU DAN  IMAMMU...

wassalam...

Perjuangan Sayangku...

ASSALAMUALAIKUM.....

         Mid sem break bermula. Hatiku berombak gembira tiap kali cuti menjelma. Sentiasa terbayang kerinduan pada pemilik wajah ibu ayah dan terutama kucing kesayangan kami. Aku gelar dia sebagai "miya kucing soleh". Hehe, sesaje... kucing pn makhluk ALLAH jugak. Dialah hero kampung, dialah satu2nya kucing jantan yang ganas. Dialah yang sentiasa mengejar kucing2 lain. Kebanyakkan kucing2 betina dekat kampung aku semuanya bini dia, haha... ank2 dia semuanya sepesen dgn kucing aku. Tak htm putih pun, ada jgk yng htm je, yg putih saje pun ada.. Nampak sgt genetik kucing aku lebih kuat drp kucing2 lain, hehe. Nak dijadikan cerita, aku rasa ni lah first time aku balik rmh untuk study tp x punya masa pun utuk hbskn baca sbjek2 yg akan diperiksa next week. Haha, ni semua miya aku punya pasal.



      Gara-gara dia sakit, hatiku jadi gundah gulana. Huhu haruuu.... Sedih punya pasal, study pn msk otak kanan kluar otak kiri. Kucing aku skit bermula dri kudis di telinga dia sbnrnya. Mama aku bwk pergi klinik VET, dktor pn bagi dua injections. Mmg power lah ubat dia, smpai kucing aku skit menjerit2. Lpas tu ada lgi ubat. ubat telan pulak dia bg. Haish mcm mana x mbuk ubat laa kucing aku tu dgn tiga ubat skali gus. Lps blik rmh tu, nmpak ok lg... blh laaa g jln2 sekitar kmpung mncri mangsa buli. Al maklumlah pembuli tegar. Then, petang tu lah aku noticed yng miya aku ni ada problem skit lps dia muntah2. Mlm tu tnpa mkn minum, terus tido x ingt dunia.. mcm mati je gayanya. lembik tp bernyawa.. mlm ni ok lg drp mlm lpas ni. dan mlm tu, x brape nk tido laah aku sbbb nk tgk2kn miya tu. Alangkah sedihnya hati, pagi tu dia bgn dlm keadaan terhuyung hayang, mcm mabuk arak. Kesian aku tgk, tp dia hebat.. tetap jgk berjalan wlaupun kaki blakang dia agk mcm lemah utk beerjalan. Dan sejak dri tu lah, aku teman je miya aku bersiar, bkn apa tkut dia mati tgh jlan ke apa ke. Alhamdulillah lpas lama2 tu, kaki dia dh ok. Jalan pn dah x mbuk lg.

      Kisah sedihnya bermula disini. Ibarat titik perpisahan antara aku dgn miya. Hanya nafas terhembus tapi badan terkujur lemah x bermya. Doc. ada suruh bg ubat kapsul yg sama 1 biji utk hari berikutnya. Jadi pd petang tu, mama n aku bg miya mkan ubat lg. Mengharapkan dgn itu dpt menyembuhkan luka dia. Dan pada petang tu miya tdo x bgn2 smpai mlm. Mlm tu, mama tgk miya mcm lemah, lidah dia dh mula terjelir. Mlm tu jga, aku terpaksa meredhakan pemergian miya. Memandangkan mama bgtau yg dia dh xblh dslmtkan. Mmg sedih gler aku time tu. X sangka jd mcm tu. Tp mama ada ikhtiar ubatan tradisional. Mama suruh abah pergi cari air kelapa @ kangkung. Kata mama, air kangkung @pun air kelapa blh mencairkan ubat. Tp mlm2 mcm tu, mana nk cari kangkung dah. Jd abah pergi cri air kelapa. Aku n mama masukkan air klpa dlm mulut dia guna picagari. Mlm tu mmg aku sntiasa bg miya air. Tp xad kesan pun smpailah pg esk msih sma. Dan aku pkir, hayat miya mmg smpai sini je. Aku bg jugak miya minum air. Mama cdang ikhtiar terakhir memandangkan petang tu miya msh bernyawa. Mama sruh beli kangkung. Aku ramas2 daun kangkung utk kluarkan air dia. Aku bg miya mnum byk2. Tp tetap sama. Miya aku kena sawan dr smlm lg. huhu.



     Malam mula menyusul. Miya msh lg bernafas. Mama n abh dh pergi msjid solat maghrib. Tinggal aku dgn sekujur tubuh miya. Lps solat, aku bg miya minum air kosong je. Mmg time tu dh kosong hrpn, Aku dtg hnya menemani dia. Tp alangkah hppynya aku melihatkan mata miya mula celik. Comel aje mta dia berbanding dgn ptg td. Jd aku terus bg dia mnum air. Mama n abh pn blik. Mama pn perasan yg mata miya nmpak mcm segar balik. Jd mama mintk bg miya minum air kangkung lg. aku dgn smangatny berjuang utk miya. aku bg dia mnum byk2 selang seli dgn air masak. Mama pn tlg usap2 muka miya guna tisu basah. Lama2 tu miya mula gerak2 tgn dn kaki dia, mcm menggeliat dn kkdang tu menguap. Dh pandai mgensot tubuh. Girangnya hati aku melihatkan miya dh mula sedar. Aku xputus bg miya mnum air kangkung. Kata mama air kangkung ni ubat paling mujarab utk mnghilangkan mabuk ubat. Alhamdulillah berkesan pd miya. Miya dh mampu menjilat. Mlm dh mula lewat. Aku tetap jaga miya. Skjp2 aku tido, pastu bgn blik nk bg miya mnum air. Aku tersedar miya mula cuba utk berjln. Aku tersedar tiap kali miya jtuh masa dia nk bgn. Tp miya x putus asa, dia bgn lg smpai blh jln skit2 tp jtuh jgk. Kesian dia, tp dia tabah. Dia tetap cuba. Dn pg tu, lbh kurang pukul  5. Aku tersedar, miya mula blh jln, tp mcm mbuk la. Bdn dia msih lemah lg, aku bg dia mkn. dgn susahnya dia mkan smbil duduk. xmmpu berdiri lama2. msih xdpt imbang bdn. Mama n abh sgt gembira mlihatkkn miya kmbli pulih. Pg lps sbuh, aku bwk miya turun. Miya mcm berlatih berjaln je, hehe. Dah blh berak dn kencing scra manual. Then , dia dh blh jln tnpa jtuh lg tp still jln mbuk2. Lbh kurang tengah hari, nmpak badan mmcm dh segar. Dia bila dh segar mcm tu, mmg xkn dok diam kt rmh la. berderak je thu.


     Hmmm mcm tu lah kisah ketabahan miya si kkucing soleh. Family aku mcm xpercya miya blh sht lg.  Ibarat mati hdup kmbli. Hehe. Dan skrg ni mama aku try guna ubatan kmpung utk rawat luka miya guna daun apa ntah. Cmpur mcm2, pahtu tumbuk dh lenyekkan kt telinga dia. Alhmdulillah, nmpak luka dh makin kering.

# my mom said,  ubatan tradisonal ni ubat dri Allah, bukan mnusia buat. Alhmdulillah kehebatan Allah melebihi segalanya. Sgt menakjubkan, Subhanallah!

Sekian.....


10 March 2013

LEAD TRAIN 2013

ASSALAMUALAIKUM penghuni-penghuni alam maya....

(CAUTION! ENTRY PANJANG!)

         Sekian lama sudah tidak berpena disini.. Kesibukkan semester ini membataskan diri ini mencoretkan sesuatu yang sekian lama ingin dilepaskan.... Ana teringin sekali nak berkongsi tentang pengalaman ana pertama kali menjadi committee.  Peristiwa ini terungkai pada  tanggal 23 februari 2013. Program ini telah pun ditukar nama menjadi Ibadah Camp.

       Asalnya hanya gurauan semata-mata antara sahabat-sahabat ana. Di kelas computer, setelah tamatnya kuiz computer, kami dilayangkan kertas berinti tawaran untuk menjadi committe lead train, hanya dengan mengisi nama dan nombor telefon.. Seperti yang kami tahu, program lead train ini sememangnya wajib untuk setiap student, sebagaimana yang telah kami lalui dulu. Tetapi program ini memerlukan kami selama 2 hari, kami hanya mampu mengisi nama untuk sehari sahaja kerana telah pun mempunyai program lain pada keesokkan hari iaitu bengkel penulisan bersama Ustazah Fatimah Syarha. Cukup sayang untuk melepaskan peluang untuk menimba pengalaman sebagai committee dan juga cukup sukar untuk melepaskan bengkel tersebut, lebih-lebih lagi buat kawan ana yang cukup berminat dengan penulisan. Justeru, kami berharap dengan pengisian selama sehari dapat juga diterima oleh mereka.


       Menjelang lewat petang, dua orang daripada sahabat ana menarima mesej panggilan untuk meeting committee lead train pada petang itu. Tetapi alangkah pilunya hati kami bertiga yang tidak menerima mesej tersebut. INSIDEN INI CUKUP LUCU UNTUK DICERITAKAN. Biarlah menjadi kenangan kami bertiga. Solusinya, kami terpaksa meninggalkan bengkel penulisan demi program ini. First meeting di Student Development and Leadership Training Department bersama ustaz pengelola program tersebut. Waktu itu, diberi briefing sedikit sebanyak tentang program yang akan berlansung tengah hari esok oleh ustaz. Seterusnya diambil alih oleh our program manager. Rata-rata wajah yang berada di situ cukup asing bagiku, kerana mungkin bercampur dari kos yang berbagai, ada yang first year juga. Dan saat itu juga pembahagian biro dilaksanakan. Ana dan 2 sahabat ana diberi peluang untuk memikul tanggungjawab dalam biro special task.

     Keesokkan harinya, pada pagi itu sekali lagi kami bermusyawarah sebelum program bermula. We call as Final touch. Disini kami membuat persiapan terakhir, biro ana hanya diberi sedikit briefing tentang flow event, dan beberapa tugas yang kami perlu jalankan. Seriously agak penat.. Dari pukul 9 hingga 1, bergesa pulang menukar pakaian dan makan tanpa cukup nafas. Terus kembali ke dewan untuk persiapan progaram yang akan bermula pada pikul 1.45 petang. Sebelum itu, kami dari biro special task perlu membuat pengumuman sebagai information untuk students.

     Alhamdulillah program berlansung dengan rapi. Dimulakan dengan opening ceremony by ustaz. Diteuskan dangan talk about "how to be a leader". Kami hanya mampu menyelit masa seketika untuk bersolat, oleh kerana we were on duty that time. Sesi malam pula disajikan dengan bicara dari seorang Datuk. Program berakhir tepat pada pukul 11 malam. Pelajar2 mula bersurai dan para committee need to stay up. Kami membuat preparation for qiammulai tomorrow. Gulungan tikar diluruskan mengikut kiblat. Penghadang diletakkan untuk memisahkan antara brothers and sisters. Sebelum pulang, kami mengadakan sesi post mortem yang dikendalikan oleh PM. Segala permasalahan dan komen dibentangkan oleh setiap biro.



    Sesi qiammulail... 
          Dikejutkan oleh kawan pukul 4.30 pagi. Terus bergegas ke post guard untuk announcement. Siap sedia mengawal di pintu belakang dewan untuk sisters. Tak pernah menyangka aku bisa berdiri pada waktu sedingin itu. Sesi qiammulail menggugat sanubari insan2 dalam kemamaian. Hampir terjelepok ke tikar solat dek kerana nafsu tidur. Satu kenangan yang cukup indah. Setelah selesai, para committee sister bergegas pula menyiapkan hidangan sarapan pagi. Kami pulang semula ke mahallah masing2 pada pukul 8 pagi. Dan diminta semula kembali pada pukul 9.00 pagi untuk sesi selanjutnya.

     Sesi pagi ini dikhabarkan memerlukan kerja keras special task yang lebih tinggi. Kami ditugaskan untuk mengedarkan kertas, spaghetti, marshmallow dan sellotape untuk sesi kerja kumpulan. Agak seronok sesi ini kerana pelajar2 diminta untuk menghasilkan sebuah tower menggunakan 15 batang spaghetti dan diwajibkan meletakkan marshmallow di puncakanya. Ada yang berjaya, ada juga yang runtuh towernya bila tiada keseimbangan apabila marshmallow diletakkan

      Sesi terakhir iaitu closing ceremony. Sesi berakhir pada pukul 1 tengah hari. Saat itulah para committte mengadakan sesi post mortem yang terakhir. Segala ketidakpuasan hati dan permasalahan diutarakan oleh setiap biro. 

# Indahnya pertemuan kerana Allah. Dalam dua hari masa yang cukup singkat buatku untuk mempelajari apa itu sebuah kepimpinan. Di bawah seorang pemimpin yang berkepimpinan membuatkan diri terpimpin dan dipimpin.

sekain... WASSALAM