24 June 2012

Bubur Ayam



BAHAN-BAHAN


Isi Ayam (direbus dan di siat siat) 
1 cawan beras 
1 inci halia 
3 biji bawang merah 
2 biji bawang putih 
1 batang Lobak merah (potong seperti lidi) 
Air 
Minyak (untuk menumis) 
Sediki daun bawang 
Sedikit garam 
Sedikit lada sulah


CARA-CARA

Halia, bawang merah dan bawang putih hi campurkan dan ditumbuk halus. Panaskan minyak dan tumis sehingga wangi. 

Kemudian masukkan beras yang sudah dibersihkan digaul sebati. 

Masukkan air dan didihkan sehingga separuh masak. 

Kemudian di masukkan ayam, garam dan lada sulah. Kacau rata. 

Masukkan Lobak merah apabila nasi hampir pecah. Jika air cepat kering tambahkan lagi air (jika boleh air rebusan ayam tadi hendaklah digunakan) 

Bubur sedia dihidangkan.

p/s : insyaALLAH jika diluangkan msa ana akn cuba resipi ini,, so sama2 lah kita memantapkan lg skill memasak yg sedia ada..

23 June 2012

JODOHKU

      Assalamualaikum... sesiapun yg bergelar insan di dunia ini mempunyai hati dan keinginan utk berkahwin kan? hehe ana pun sama.. di tambah lg dgn suasana  di uia yng kebanyakkanya student dah bertemu jodoh sesama mrka.. skrng nh kebanyakkan student kahwin awal.. nikah gantung lah kiranya..


tapi itu semua urusan ALLAH utk menentukan bila dan siapa jodoh kita..
jadi ana syorkan kita amalkan doa ini..
mudah2an dpt bertemu dgn lelaki @ wanita yg soleh dn solehah... 
AMEEN... subhanallah.. 



Keadaan CFS IIUM...

      Assalamualaikum.. thanks pd sesiapa yang join blog ana.. today nk crita pasal kebanjiran manusia di cfs iium pj skrg nh.. Mmg agak sesak btul keadaan kat pj nh. thun nh student first intake ramai giler.. Sampaikan mahallah (kolej) semunya penuh..dah laa sempit.. entah mcm mna lah diorang blh bernafas..




Tapi yg x blh percayanye.. ana nih sesedap je dapat dok dalam bilik yg saiz besar yg hnya memuatkan 5 org shja... unbelieveable! Stu hal lg nh.. smpaikan x ckup kelas. jd terpaksa lah bukak kelas kat hall, kat klinik pn ada..


Nak critanya kt sini stiap hri slasa ada pasar mlm.. so students dibenarkan outting.. tp yng ana terkejutnya punya lah ramai org kt pasar malam tu dgn bdk first intake.. itu x campur lagi dgn second intake lps nh n third intake plop.. huhu gamoknya jadi apa lah lg lps nh..




Just info.. sekian wassalam..







20 June 2012

Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah

~✿>> Disangka diculik, habis MENITIS AIR MATA rakyat malaysia melahirkan PERASAAN PEDIH dan DUKACITA, rupanya LARI mengikut TEMAN LELAKI yang dikasihi..ini penangan KASIH SAYANG ANAK MUDA hari ini..

p/s : Berkasih biar BERAKAL, sayang biar BERPADA..AGAMA jangan ditinggal, KELUARGA dan MARUAH jangan digadai..hanya untuk merasakan agar diri DIHARGAI oleh teman lelaki yang TIDAK HALAL..♥♥
 






AC - 205

Assalamualaikum.. alhamdulillah dah mula belajar dah al'an.. mcm2 jadi..
kalau nk thu mksud AC - 205 kt atas tu sebenarnya bilik ana kat uia pj nh.. hehe bilik baru yg besar..
 sepatutnya dimuatkan smpai 8 org sebilik, tp kami di kira antara yg bertuah sbb hnya 6 org je..
dah laa bilik besar dr org len..


Kalau nk dibandingkan dgn bilik len mmg mcm tin sardin laa jwbnya.. penuh dgn mnusia.. bilik dah laa sempit thp ape ntah.. so bersyukur sgt lah sem nh..hehe
Dan td dgn mendadaknye.. kwn sebilik ana pindah plop.. jd tinggal 5 girls jelah.. x ke beruntung nmenye 2.. hehe syukur..


ini lah sahabt2 ana yg tersyang..

19 June 2012

sem baru bermula (2012 / 2013)

         Assalamualaikum.. Alhamdulillah minggu nh merupakn minggu pertama ana di cfs iium pj.. macan2 hal, byk ragam, byk hal n byk penat! syukur sgt msih lg bersama dgn kawan2.. dan hari nh merupakan hri last add / drop session.. ingtkan nk add stu lg subjet tp ada mslah yg x dpt nk dielakkan.. hari nh pn dah  mula kelas.. sedikit sebanyk dh thu budi pekerti sbjek baru yg akn menemaniku spanjang sem nh.. alhamdulillah.. thanks to my frens nurul nazirah sabri, nur fatimah, nurul azmiah, siti rokiah n nik hazimah.. still beside me always.. n to someone special my umi n abi..







6 June 2012

KEK BATIK


Tentu semua dah thu kan cara nak buat kek batik kn??.. sebabnya dia mmg mudah dan simple je..
Masa sekolah dulu, mmg famous lah dlm kalangan kawan2 ana.. diorang mmg suka sgt buat kek ni..
Dan ana pun dah pernah cuba buat..
So korang yang x pernah buat lg tu.. try lah buat...
just for info...
Bahan-bahan :
  • 2 bungkus biskut Marie (setiap satunya dipecah empat)
  • 1 tin susu pekat
  • 7 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 Buttercup kecil (250g)
  • 6 sudu serbuk koko
  • 6 sudu serbuk Milo
 Cara masakan :
01.Mula-mula, cairkan buttercup, setelah itu matikan api
02.Selepas itu, pukul telur seperti telur dadar
03.Kemudian, campurkan kesemua bahan (kecuali biskut Marie) ke dalam kuali
04.Seterusnya, buka api sederhana dan kacau bahan-bahan di dalam kuali tadi sehingga sebati dan sampai kenyal dan nampak berkilat. Setelah itu, matikan api
05.Selepas itu, masukkan biskut Marie ke dalam kuali tadi dan gaul sampai rata
06.Masukkan adunan ke dalam loyang yang dilapik plastik supaya mudah untuk dipotong
07.Akhir sekali, sejukkan di dalam peti ais selama yang dirasakan cukup


5 June 2012

Gulai Asam Rom (Pahang)

GULAI ASAM ROM adalah masakkan Pahang sebelah, Jerantut (Ulu Tembeling, Ulu Cheka), 
Lepeh, Raub dan ada juda di Perak.


ROM : ape dia? berasal dari buah perah, buah ni tumbuh kat dalam hutan, pokoknye beso cam batang 

balak.

Selalunye ade pada musim panas je. Nak buat rom ni kena yang betul -betul pakar dan terer je. Kalau 

tak boleh 

bawa maut. Buah perah ni asalnye mabuk. 


Cara buat rom, buah dan isinya lebih kurang buah getah, cuma ia bujur je warna kuning coklat. Ade 

juga yang 

buat rom pakai buah getah tapi kurang powerlah sikit. Buah perah di kupas dan dijemur beberapa hari 

untuk hilang 

getah mabuknye







Ni rupa Asal Rom dari buah perah tapi yang ni dah direbus, rasa macam kacang








Perah yang baru ditumbuk ni dinamakan ROM 

Bila dah kering ditumbuk pulak hingga keluar minyak sikit, lepas tu simpan dalam bekas, dah 
lama tu baru boleh guna.
Resepi Gulai Asam Rom / Rong
  1. Rom secukupnye, kalau mengikut kaedah dia yang sebetulnya, kalau segengam rom  segengamlah ladanya.
  2. Ikan: ikan sungai paling best, kelah, tengas, baung, keli (semua ikan boleh) daging pun best juga (kena pulak tang lemak dia). Siput sedut lagi best  (Y)
  3. Kunyit 1 inci
  4. Daun kesum
  5. Lada ikut sukatan di atas.
  6. Kalau ade daun kesin lagi best, daun macam daun kunyit ade tumbuh dalam hutan (telah berjaya tanam belakang rumah)
  7. Garam secukup rasa
  8. Kalu ade, boleh isi petai, jering semai, terung telunjuk, terung anggur ke, untuk menambah keenakkan rasanya
  9. Asam keping
  10. Bunga kantan
  11. Air secukup nye
Cara-cara membuatnya:


  1. Tumbuk bersama kunyit, lada dan rom tadi.
  2. Masuk dalam periuk campur terus dengan ikan dan semua bahan di atas dan masak.