23 August 2015

Tahun Ketiga

ASSALAMUALAIKUM...

Kini di penghujung Ogos, 23. Maka hampir tamatlah cuti semesterku. Setelah hampir tiga bulan memeram otak dan membesarkan diri. Sem depan agak mencabar juga bagiku, mungkin kerana dah berupa pelajar tahun ketiga. Maknanya aku ni di antara hakak-hakak senior ler. Pejam celik pejam celik tup-tup dah nak grad.

Otak mengatakan bahawa aku bagaikan bermimpi, mata mengatakan aku sedar. Aku hampir meninggalkan alam belajar. Aku bakal merindui persahabatan yang terjalin di sana. Betapa ingin aku luahkan seronoknya kehidupan sebagai pelajar. Mungkin ada masa, ingin aku coretkan kehidupan kami disana. Tentu sekali bermakna bila dikenang kembali.

Hati berkobar-kobar mahu kembali belajar, dan hati juga resah ingin meninggalkan rumah. Pelbagai komitmen terpaksa jua aku lepaskan demi menghabiskan sisa-sisa baki pebelajaran. Setiap kali selepas cuti panjang, haruslah aku tidak lari dengan mood "homesick". Walaupun dah bertahun-tahun belajar jauh dari rumah, tetapi tetap jua rindukan keluarga, rumah dan tentunya kucing-kucingku. Orang luar kata "hati tak sado". 

Kugagahkan jua langkah, kucekalkan jua hati, istiqamah untuk terus bangkit cemerlang. Sebab aku tahu, tak ada benda yang mampu menjamin masa depan aku jika aku tak bersungguh saat ini. Dunia sekarang pun dah makin merisaukan, apatah lagi di masa hadapan. Kemana harus ku bawa pergi, tanpa ilmu? tanpa duit? 

Macam-macam rancangan untuk sem depan dah pun terngiang-ngiang, tapi menunggu masa dan ruang untuk direalisasikan.

Harapannya semester baru ini, aku lebih baik dari sebelumnya.


العام في القلوب، لا في الكتوب



5 August 2015

Anak Bulus lagi...

ASSALAMUALAIKUM...

Mahu memberitakan perkhabaran dari Dunia Kucing. Salah seekor ibu muda yang dikhabarkan disini semalam telah selamat melahirkan anak-anaknya.
Hamba kira-kira didapati empat ekor kesemuanya. Khabarnya ibu muda tersebut mengalami sakit-sakit sekitar jam 5.00 pagi tadi dan beransur-ansur selamat maelahirkan anak-anak sulungnya sekitar jam 5.30am sehingga 6.30am.

Dinihari ini, anak-anak kelihatan sihat-sihat belaka. Walaupun ibu muda itu pada mulanya agak sukar untuk melahirkan dan diperhatikan agak tidak pandai menguruskan anak-anaknya.
Tetapi naluri seekor ibu mampu mengajar ibu muda itu dalam sekelip mata sahaja demi memastikan anak-anaknya selamat dilahirkan.

Boleh dilihat pada tindakan pantas ibu muda itu dengan menjilat anak-anaknya sejurus selepas ia dilahirkan.

Kesempatan ini, pihak buletin berita Dunia Kucing mendoakan agar ibu muda tersebut dan anak-anaknya sihat walafiat. Amin.

Sekitar berita dari dalam Dunia Kucing.

"Gambar Hiasan"

Perancang Kucing

ASSALAMUALAIKUM...

Sudah berkurun lama tidak mencoret disini. Tapi hari ini rasanya aku nak share pengalaman aku pergi bawak Cik Tom ke Vet. Machang. 
Pada asalnya nak spaykan aje dia. Belum pernah beranak lagi and tak pernah mating lagi setahu aku.
Jadi memang hajatnya nak spaykan. Tapi problemnya, tahu-tahu la kan kat Kelantan especially kat Tanah Merah mana lah ada banyak Vet Shop ada pun the only one yang government punya "Jabatan Veterinar Tanah Merah".

Tetapi alangkah kecewanya, setiap kali call tanya pasal nak spaykan kucing betina, doc. kata tak dapat buat lagi, the reason is still in raya mood dan ubat perancang pun masih tak ada stok lagi. 
Aku ikhtiar jugak cari Vet. shop area Machang, search punya search tak jumpa-jumpa. Kota Bharu memang banyak yang swasta. Tapi masalahnya jauh, kesian pulak kat kucing, meraung-raung lah dia lama-lama, lepas tu tak ada orang nak hantarkan.

Aku try lagi search yang government punya dekat Pasir Mas, kira dekat laa sikit. Tapi kat sana pulak tak buat spay kucing betina, jantan je boleh. Sebabnya utilities semua rosak sebab banjir besar dulu kan. 

Dan aku telefon pulak yang gov, kat Machang, eh tapi tersalah pulak, itu terus ke Vet. KB, dan disinilah aku dapat nombor Vet. Machang. Call punya call, kat Vet. Machang ni diorang tak buat spay/neuter. Maka hampalah lagi aku, tapinya staff kat sana tawarkan cucuk perancang.

Maka tersebutlah, pada tanggal 3/8/15 aku bawakan si Tom tu. Susah amatlah susah nak mencarinya, merayau sungguh. Nasib baik muncul jugak sebelum klinik tutup. 

Memang tak pernah pun pergi Vet. Machang, yang staff tu bagi direction, location klinik tu depan Majlis Daerah Machang. Pergi dengan Abah memang senanglah jumpa.

Mencari dia punya lah susah, masuk dalam kereta mengiau-ngiau kuat pulak dah, Kesian tengok sampai lelah tu. Aku tak letak dalam cage, jadinya merayap-rayap lah dalam kereta. Tu boleh tahan lagi dalam kereta, sampai-sampai tu ya Allah nasib aku pegang kuat je, kalau tak terlepas lari entah ke mana. Ganas sungguh, budak-budak lain aku bawak pergi Vet. tak adalah sehebat ni. Lain kali haruslah letak dalam cage untuk avoid benda ni terjadi lagi. 

Pengakhiran cerita, injection ni RM15, sekali inject last for only 3 months je. Tapi bolehlah tahan sampai Vet. kat Tanah Merah available. Risau takut dia pregnant je, umur dah 10 bulan dah tu. Tak sanggup nak terima anak-anak baru lagi. Sekarang dua ekor tengah pregnant, bila-bila masa dah boleh masuk labor room dah tu, yang sekor lagi dah selamat delivered 4 hari lepas. Boleh lah 3 anak bulus kiut-miut.

Ini antara nombor telefon klinik haiwan kerajaan sekitar Kelantan yang aku berjaya dapat, dengan nama long formnya "Jabatan Perkhidmatan Veterinar".

Veterinar Tanah Merah :  099556326
Veterinar Pasir Mas       : 097909375
Veterinar Machang        : 099751244
Veterinar Kota Bharu    : 097982811

Harap membantu anda-anda pencinta kucing sekalian. 

ASSALAMUALIKUM





My Tom's little finger





7 February 2014

Buat Kali yang kedua..

ASSALAMUALAIKUM....

Buat kali yang kedua... Al-kisah lanjutan penggembaraan kami budak-budak yang dah cukup umur tapi tetap tak ingin nak sedar lagi. Cerita kali ini berkisah tentang kembali ke universiti untuk semester yang kedua. Tepat pada 03/02/14 kami mendaftarkan diri di mahallah masing-masing. Tarikh ini istimewa kerana pada tarikh ini seorang insan yang aku sayang lahir ke dunia menghiburkan kami semua.

Buat pertama kali hidup sebagai budak UIA, aku teramat penat dengan sesi add/drop. Terasa bagaikan tidak ingin mengulangi kisah ini lagi. Tetapi tidak mengapa, mungkin sahaja Allah mahu menguji dan aku sangat bersyukur kerana semua ini bukan aku lalui bersendirian. Dalam penat, perit, lelah, tetap juga kami bergelak-tawa dan sekali lagi memori indah tercipta dan akan aku simpan buat selama-lamanya.

Buat kawan-kawan aku yang ada terbaca blog aku...aku nak cakap aku sayang kamu semua....
hahahahaha.....

Terima kasih.
08/02/14
15:31 pm

12 December 2013

Dia Sahabat Saya

Pah, kim slm blako.. tq blako deh hantar aku.. makan mempelam aku dalam bilik.. kabo ke wani, duit nanti mintak balik kalau x cukup..
kabo ke siti, baik2 la nge mah.
kabo ke nurul, sep bijok handlle esaimen fiqh.. nanti balik aku buat bahagian aku..
kabo ke enor, emmm aku syg mu nor...haha..

Nampak x sweetnya aku di situ..hahaha. aku dapat rasa sep mu jeles niie..tgk tu, wani panas dh tu... by the way, syg sep mu semua..selamat malam...hehehe

# pesanan ringkas dari sahabat saya ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya baru sahaja tadi...
Tiada kata-kata yang dapat terucap, aku sangat bersyukur punya kawan semulia ini...
#sungguh sayang kamu selama-lamanya...


foto cc.  to farehah farhan

11:55pm
12/12/13

9 December 2013

Sejujurnya....

ASSALAMUALAIKUM...


Ditujukan khas buat kau insan yang amat aku hargai....

Hidup kita tanpa bicara seketika.....
Bukan satu fenomena, tapi suatu kesakitan pada batin...
Sejujurnya, bukan ini yang kupinta...
Aku hanya ingin kau mengerti kondisi diri...
Bukan aku pengecut, bukan juga aku hipokrit...
Aku hanya perlu teman yang bisa mengerti...

Aku belum cukup kuat..
Belum lagi segagah engkau wahai kawan...
Bila aku diam, sapalah aku dengan gurauanmu...
Kerana itu yang boleh hilangkan gundahku...
Sejujurnya, aku khilaf padamu wahai kawan..
Maafkan diri ini yang pengecut...

Beban yang harus aku galas, kau pikul...
Aku yang bebal, memiliki kawan sehebat ini tidak mungkin aku biar pergi...
Kerana kau lah yang aku tungggu....
ITU KAMU...

Kita sahabat selamanya!

20 November 2013

Pak Latip @ Pak Talib???

ASSALAMUALAIKUM.....

Indah sungguh hari ini. Sekali lagi kenangan indah tercipta. Kenangan yang akan selalu menjadi koleksi pengalaman hidupku.... Kali ini bersama dengan penulis buku sejarah Islam terkenal, Pak Latip Talib. Tepat sekali, kita hanya merancang, Allah yang akan mementukan segalanya.

Permulaanya berkisar tentang sahabat aku, Nurul Nazirah. Dia mendapat peluang ditemu ramah sebagai peminat Pak Latip yang telah selesai dijalankan pagi tadi di kedai PTS, Batu Cave. Aku dan kawan aku, Syazwani hanya sekadar menemaninya. Tetapi tidak disangka perbualan terakhir kami menjadi kenyataan. Tanpa persediaan aku dan Wani ditemu ramah sebagai peminat beliau. Bukan peminat tegar, hanya sekadar-sekadar membuatkan kami hilang butir bicara. Kekadang menggelikan, memalukan dan menyeronokkan, kerana ini sebuah pengalaman dan kenangan. Pertama kali berjumpa dengan beliau, sangat segan sekali. Tambahan pula aku tersilap sebut namanya, Pak Latip jadi Pak Talib...Allah..... malu yang amat. Sempat membeli beberapa buah buku dengan harga potongan istimewa. Alhamdulillah.

Sekadar catatan untuk kenang-kenangan kami....
[Nurul Nazirah  Nur Syazwani Nur Afifah]
[21/11/13]

#Akan disiarkan dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 minggu hadapan. =)

Bersama Pak Latip, seorang yang sangat peramah dan bersederhana

Di ajar berkata-kata