24 March 2012

Ketaatan Cinta Seorang Isteri


Suasana sunyi dan sepi menyelubungi perkarangan wad ICU Hospital Besar Singapura, dimana Tuan Zaidi ditempatkan. Pak Mat pemandu peribadi dan keempat empat isteri Tuan Zaidi kelihatan termangu, melayani perasaan masing masing.
"Siapa waris kepada Encik Zaidi bin Omar?" Tiba tiba seorang doktor melayu yang baru keluar dari wad ICU bertanya. "Saya". Keempat empat isteri Tuan Zaidi menjawab secara serentak.
"Saya perlukan hanya seorang waris sahaja untuk menandatangani surat kebenaran pembedahan ini." Kata doktor itu lagi.
Masing masing tercengang dan saling berpandangan antara satu sama lain, apabila doktor menerangkan yang Tuan Zaidi perlu dibedah dengan segera kerana dia mengalami barah paru paru yang amat serius sekali. Memandangkan Fatimah, isteri yang pertama jadi dialah yang lebih berhak untuk menandatangani surat kebenaran tersebut.
Penantian itu suatu penyiksaan buat keempat empat isteri Tuan Zaidi dan juga Pak Mat. Fatimah berdoa didalam hatinya,"Ya Allah, Kau selamatkanlah suamiku ini. Kau sembuhkanlah penyakitnya itu. Aku pohon padamu dengan sepenuh hatiku. Kau tolonglah aku Ya Allah." Sehingga pukul 9.00 malam masih belum mendapat apa apa berita dari bilik pembedahan.
Tiba tiba,"Puan puan semua, saya mohon maaf bagi pihak hospital. Kami sudah berusaha semampu kami tapi nampaknya penyakit suami puan sudah terlalu serius. Jadi saya sarankan supaya puan puan semua bawalah dia pulang sahaja."
Mendengar kata kata doktor itu, mereka semuanya menangis hiba....
Selang beberapa bulan kemudian Tuan Zaidi merasakan yang dia akan menemui ajalnya dalam jangkamasa yang terdekat. Dia pun mula memikirkan tentang segala kemewahan hidupnya selama ini dan mula berfikir, "Sekarang aku ada 4 isteri, tapi bila aku mati nanti aku akan tinggal keseorangan. Alangkah sunyinya aku nanti!"
Dia pun memanggil keempat empat isterinya satu persatu. Mula mula dipanggil isterinya yang keempat. "Abang sayangkan Anna melebihi daripada isteri isteri Abang yang yang lain. Abang beri Anna pakaian yang istimewa dan paling berharga, serta berbagai bagai kemewahan yang lain. Sekarang Abang dah terlantar sakit dan akan mati tak lama lagi, hanya satu yang Abang nak Tanya. Adakah Anna akan ikut sama untuk menemani Abang?"
"Tak mungkin. Abang dah mati dan Anna masih lagi hidup. Mana ada orang yang masih hidup ikut masuk dalam kubur sama sama dengan orang yang dah mati." Lancang sekali isteri keempatnya itu menjawab, kemudian terus beredar meninggalkannya tanpa berkata-kata lagi. Jawapan yang di terimanya itu sungguh menyayat hatinya, bagaikan pisau telah menghiris jantung hatinya.
Kemudian dipanggilnya pula isterinya yang ketiga, "Abang dah curahkan segala kasih sayang Abang pada Maria sepanjang hayat Abang. Dan sekarang Abang sedang sakit menunggu maut saja, sudi tak Maria ikut bersama Abang kedalam kubur untuk temankan Abang?"
"Abang ni dah gila agaknya!" jawab isteri ketiganya dengan tegas bercampur marah. "Hidup ini lebih baik di sini. Di dalam dunia ni. Bukannya dalam kubur! Maria akan berkahwin lagi setelah Abang mati." Hancur lebur perasaan Tuan Zaidi bila mendengar jawapan tersebut.
Tuan Zaidi tidak berputus asa lantas terus memanggil isteri keduanya pula seraya berkata, "Abang selalu mengadu hal kepada Ifah dan minta bantuan Ifah bila Abang ada masalah, dan Ifah pula selalu menolong Abang bila Abang dalam kesusahan.
Untuk kali terakhirnya Abang masih perlukan bantuanmu lagi, Ifah." "Apa dia, cakaplah bang?" Ifah bertanya lembut. Dalam hatinya merasa amat belas sekali melihat penderitaan suaminya yang tersayang itu. "Bila Abang dah mati nanti, boleh tak Ifah ikut bersama Abang kedalam kubur. Boleh Ifah temankan Abang. Taklah kesunyian Abang nanti."
Mendengar permintaan suaminya itu yang dianggapnya tak masuk akal, Latifah segera menjawab." "Maafkan Ifah bang, kalau selama ini Ifah tidak pernah kecewakan Abang tapi kali ini tidak mungkin Ifah dapat menolong Abang lagi kerana kita hidup sudah berbeza alam. Abang berada dialam kubur dan Ifah pula masih lagi hidup didunia ini. "Paling jauh pun, Ifah Cuma boleh temankan Abang setakat menghantar Abang ke kubur sahaja". Jawapan isteri keduanya itu, datang seperti halilintar yang membelah langit dan Tuan Zaidi merasa sungguh kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh ketiga tiga isternya itu.
Dalam kesedihan dan kekecewaannya terhadap jawapan yang diberikan oleh ketiga tiga isterinya itu, dengan tiba-tiba satu suara memanggilnya dan berkata, "Imah akan tinggal bersama Abang. Imah akan ikut kemana saja Abang akan pergi untuk menemani Abang selamanya." Fatimah, isterinya yang pertama itu menyatakan kesanggupannya dengan linangan airmata.
Tuan Zaidi mendongak ke atas, dan dilihatnya isteri pertamanya berada di situ. Dia kelihatan amatlah kurus kering, seolah-olah telah lama kebuluran tak makan.
Dengan perasaan yang amat sedih dan kesal sekali, Tuan Zaidi pun berkata, "Kesian Abang tengok Imah. Abang sepatutnya mengambil berat terhadap Imah sewaktu Abang masih sihat dulu! Abang lebih pentingkan isteri isteri Abang yang lain yang langsung tidak berguna lagi ketika Abang sakit ni. Sekarang Abang rasa sudah terlambat Imah.... Sudah terlambat....Abang menyesal! menyesal...Ya Allah!," luah Tuan Zaidi dengan kuat sekali. Penyesalannya sudah tidak berguna lagi saat itu.
Tiba tiba kata kata itu terhenti. Tuan Zaidi sudah kembali kerahmatullah dengan perasaan kecewa. Fatimah melaung dengan sekuat hatinya,"Abang, Abang, maafkan Imah bang, maafkan Imah...Imah tak sempat untuk menjaga Abang di saat saat akhir hidup Abang. Fatimah terus menangis dengan hibanya. Dia begitu kecewa sekali dengan sikap madu madunya yang lain itu. Tidak berperikemanusiaan langsung. Pak Mat yang sejak tadi berdiri disisi Tuan Zaidi turut sama menangis mengenangkan nasib Tuan Zaidi......
Sejak kematian suami mereka ketiga tiga isteri Tuan Zaidi merasa bebas dari sebarang ikatan. Setelah harta peninggalan Arwah Tuan Zaidi dibahagi bahagikan menurut hukum faraid, isterinya yang kedua, Maria pun berkahwin lain. Manakala Suzanna dan Latifah pula kembali kepangkuan keluarga masing masing.
Tinggallah Fatimah seorang diri di rumah banglo dua tingkat itu bertemankan Pak Mat, drivernya. Fatimah selalu sahaja bersedih sehingga makan, pakainya pun sudah tidak terurus lagi.
Akibat terlalu rindu dan sedih mengenangkan arwah suaminya, akhirnya Fatimah pun meninggal dunia. Begitulah kekuaatan cinta akan dapat dilihat pada setiap pengorbanan seseorang, diam bukan berarti lemah tapi kuat ketaatannya pada suami tercinta selagi masih ada hanyatnya.

Perangkap Cinta

Naluri insan mendambakan cinta
Lumrah dicipta Tuhan itu sungguh mulia
Namun mesti dipandu tepat syariatnya
Kerana musuh Tuhan memasang perangkap cinta
Namun kau tetap menghampirinya
Yakin imanmu mampu mengawal gelora    
Tanpa kau sedar ia rapuh bak kaca
Kini perangkap cinta sudah mengena
Cinta yang tak bertempat kau hulurkan
Mengundang nikmat secara istidraj
Iblis dan syaitan ketawa riang
Cinta nafsu yang menjadi rujukan
Membawa engkau ke alam khayalan
Bermandi dosa yang engkau halalkan
Akhirnya si kecil yang menjadi mangsa
Insan suci yang tidak berdosa
Engkau zaliminya
Cinta yang salah saluran kau tagih
Mengiktiraf engkau sang hamba abdi
Si raja nafsu amarah yang zalim
Cinta terlarang yang engkau redahi
Tuhan yang melihat engkau abaikan
MurkaNya hebat azab pasti bertandang
Akhirnya sesalanmu tidak berguna
Agama, dirimu, keluarga, sanak dan saudara
Tercalar maruah

18 March 2012

CINTA


Ya ALLAH, jika telah ENGKAU catatkan dia milikku dan tercipta buatku, maka satukanlah hatinya dengan hatiku dan titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Dan ya ALLAH, ya TUHAN-ku yang Maha Mengasihi, seiringkanlah kami melayari hidup ini, perkukuhkan yang sejahtera dan abadi.
Tetapi ya ALLAH, seandainya telah ENGKAU takdirkan dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku, luputkanlah dia dari ingatanku, dan peliharalah aku dari kekecewaan olehnya. Serta ya ALLAH ya TUHAN-ku yang Maha Mengerti, berikan aku kekuatan, melontar bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja nan merah, agar aku bahagia, walaupun tanpa bersama dengannya.
Dan ya ALLAH yang tercinta, gantikanlah yang hilang, tumbuhkanlah kembali yang telah patah, walaupun tidak sama dengan dirinya. Ya ALLAH ya TUHAN-ku, pasrahkan aku dengan takdir-MU. Sesungguhnya apa yang engkau takdirkan, adalah yang terbaik buatku, kerana ENGKAU Maha Mengetahui, segala yang terbaik buat hamba-MU ini.Aku redha Ya ALLAH.
Ya ALLAH, cukuplah ENGKAU sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat. Dengarlah rintihan dari hamba-MU yang daif ini. Jangan ENGKAU biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat nanti. Usah ENGKAU juruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup, ke jalan yang ENGKAU redhai, dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh juga solehah.

17 March 2012

Doa menjaga kehormatan diri wanita





DALAM SEBUTAN RUMI : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

8 March 2012

Muslimat Comot, Muslimin Selekeh

Al-kisah muslimat.
Ada yang memakai tudung yang sama selama seminggu tanpa cuci. Bekas minyak dari sambal ikan bilis minggu lepas pun ada lagi.
Ada yang memakai baju dan tudung yang ronyok seribu. Bukan trend masa kini pun, cuma memang malas nak gosok baju agaknya.
Ada yang memakai tudung dan baju yang sudah lusuh warnanya hingga kain berbulu-bulu. Nak kata tak mampu beli tudung baru tidak jugak. Telefon bimbit tak kurang MP3, WIFI & kamera.
Ada yang memakai stokin dan handsock yang tercarik-carik, menanti masa untuk koyak. Apalagi yang tak kisah memakai stokin dan handsock koyak.
Ada yang setiap pagi ke kuliah dengan muka pucat tak bermaya dengan tahi mata masih ada di celah mata.
Al-kisah muslimin.
Ada yang memakai seluar yang dipilih dari bakul baju kotor. Seluar yang paling tidak masam di antara yang masam dipakai untuk ke kuliah.
Ada yang keluar dari rumah tanpa menyikat rambut, sama sahaja dari bangun tidur. Apalagi yang memang tiada sikat pun.
Ada yang memakai kemeja dan t-shirt yang ronyok seribu. Sekali lagi, ini bukan trend tapi memang malas nak gosok agaknya.
Ada yang memakai handphone tercanggih abad ini dengan aplikasi Whatsapp, Viber, permaianan Angry Bird. Tetapi setiap hari ke kuliah dengan selipar jepun.
Ada yang sanggup habiskan beribu untuk sebiji kamera DSLR, tapi tidak mahu keluarkan wang kurang dari RM10 untuk beli deodrant. Bau badan, masyaAllah.
Ada yang setiap pagi ke kuliah dengan muka berminyak sampai boleh melekat kertas di muka dengan tahi mata bertepek.

Alahai muslimin dan muslimat. Sama saja comot dan selekehnya.
Ada yang membiarkan pinggan dan cawan di sinki selepas makan. Lagi teruk ada yang membiarkan saja pinggan di atas meja sampai esoknya.
Ada yang biliknya selalu sahaja disinggahi lipas kerana tong sampah penuh dengan sisa makanan.
Ada yang cadar katil dan sarung bantal tidak bertukar selama 3 bulan hingga peta Malaysia hampir sahaja lengkap terbentuk. Apalagi yang tidak bertukar setahun, peta dunia agaknya.
Ada yang mulutnya berbau.
Ada yang busuk kakinya, stokin dan kasut tidak dibasuh.
Ada yang kukunya hitam.
Kenapa muslimin dan muslimat? Kenapa bukan perempuan dan lelaki sahaja?
Muslimin dan muslimat, bila sudah Islam, bukankah kita membawa imej Islam itu sendiri? Jangan pula disebabkan kita, Islam itu menjadi buruk. Bagaimana kita mahu menarik mad 'u untuk menutup aurat dan memakai tudung jika kita membawa imej comot dan selekeh?
"Eee, tak naklah pakai tudung labuh. Selekeh betul lah. Kau cuba tengok kakak tu. Kau nak aku jadi macam dia?"
"Eee, tak naklah ikut usrah petang ni. Aku tak selesalah duduk dengan abang tu, bau badan kuat betul."
Saya setuju bahawa pandangan manusia itu tak penting, pandangan Allah sahaja penting. Ya, memang betul. Saya bukannya menyeru agar muslimin dan muslimat bertukar kepada bergaya, trendy dan vogue. Cumanya saya memohon muslimin dan muslimat menjadi lebih kemas, bersih dan menjaga penampilan. Bukankah Allah suka akan kecantikan dan kebersihan?
Mungkin ada yang tidak puas hati dan menimbulkan tentang zuhud dan tawaduk. Ya, Rasulullah juga zuhud dan tawaduk tetapi baginda sangat menjaga kebersihan dan penampilan diri. Rambut baginda diminyakkan dan disisir rapi, janggut baginda dikemaskan, jubah baginda sentiasa bersih. Ada beza antara zuhud dan selekeh.
Apabila bercakap tentang baitul muslim pasti kita akan memilih calon yang mempunyai agama dan iman yang mantap. Di dalam jemaah sendiri, bilamana kita melalui proses tarbiyah yang hampir sama, ada muslimat yang mengadu muslimin hanya akan takdim muslimat yang comel. Jadi yang kurang comel ni bagaimana? Ada muslimin yang merungut, muslimat hanya akan menerima muslimin yang hensem. Jadi yang tak berapa hensem ni bagaimana?


Muslimat, jangan salahkan muslimin kalau memilih yang comel jika anda sendiri memang comot. Muslimin, jangan salahkan muslimat jika menerima yang hensem jika anda sendiri selekeh.  Allah menjadikan setiap manusia itu comel, cantik dan hensem. Terpulang kepada diri masing-masing untuk membawa penampilan bagaimana.
Ada yang mengatakan biarlah sekarang ni comot dan selekeh tapi depan suami/isteri nanti pakailah cantik-cantik dan lawa-lawa. Kalau sekarang ni, sebelum kahwin ni, dengan masa yang banyak terluang ni pun kita tidak belajar menjaga penampilan, apatah lagi apabila sudah berkahwin nanti. Masa itu sudah terlambat untuk belajar, cuma ada masa untuk aplikasikan.
Wallahu'alam :)