Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

24 March 2012

Ketaatan Cinta Seorang Isteri


Suasana sunyi dan sepi menyelubungi perkarangan wad ICU Hospital Besar Singapura, dimana Tuan Zaidi ditempatkan. Pak Mat pemandu peribadi dan keempat empat isteri Tuan Zaidi kelihatan termangu, melayani perasaan masing masing.
"Siapa waris kepada Encik Zaidi bin Omar?" Tiba tiba seorang doktor melayu yang baru keluar dari wad ICU bertanya. "Saya". Keempat empat isteri Tuan Zaidi menjawab secara serentak.
"Saya perlukan hanya seorang waris sahaja untuk menandatangani surat kebenaran pembedahan ini." Kata doktor itu lagi.
Masing masing tercengang dan saling berpandangan antara satu sama lain, apabila doktor menerangkan yang Tuan Zaidi perlu dibedah dengan segera kerana dia mengalami barah paru paru yang amat serius sekali. Memandangkan Fatimah, isteri yang pertama jadi dialah yang lebih berhak untuk menandatangani surat kebenaran tersebut.
Penantian itu suatu penyiksaan buat keempat empat isteri Tuan Zaidi dan juga Pak Mat. Fatimah berdoa didalam hatinya,"Ya Allah, Kau selamatkanlah suamiku ini. Kau sembuhkanlah penyakitnya itu. Aku pohon padamu dengan sepenuh hatiku. Kau tolonglah aku Ya Allah." Sehingga pukul 9.00 malam masih belum mendapat apa apa berita dari bilik pembedahan.
Tiba tiba,"Puan puan semua, saya mohon maaf bagi pihak hospital. Kami sudah berusaha semampu kami tapi nampaknya penyakit suami puan sudah terlalu serius. Jadi saya sarankan supaya puan puan semua bawalah dia pulang sahaja."
Mendengar kata kata doktor itu, mereka semuanya menangis hiba....
Selang beberapa bulan kemudian Tuan Zaidi merasakan yang dia akan menemui ajalnya dalam jangkamasa yang terdekat. Dia pun mula memikirkan tentang segala kemewahan hidupnya selama ini dan mula berfikir, "Sekarang aku ada 4 isteri, tapi bila aku mati nanti aku akan tinggal keseorangan. Alangkah sunyinya aku nanti!"
Dia pun memanggil keempat empat isterinya satu persatu. Mula mula dipanggil isterinya yang keempat. "Abang sayangkan Anna melebihi daripada isteri isteri Abang yang yang lain. Abang beri Anna pakaian yang istimewa dan paling berharga, serta berbagai bagai kemewahan yang lain. Sekarang Abang dah terlantar sakit dan akan mati tak lama lagi, hanya satu yang Abang nak Tanya. Adakah Anna akan ikut sama untuk menemani Abang?"
"Tak mungkin. Abang dah mati dan Anna masih lagi hidup. Mana ada orang yang masih hidup ikut masuk dalam kubur sama sama dengan orang yang dah mati." Lancang sekali isteri keempatnya itu menjawab, kemudian terus beredar meninggalkannya tanpa berkata-kata lagi. Jawapan yang di terimanya itu sungguh menyayat hatinya, bagaikan pisau telah menghiris jantung hatinya.
Kemudian dipanggilnya pula isterinya yang ketiga, "Abang dah curahkan segala kasih sayang Abang pada Maria sepanjang hayat Abang. Dan sekarang Abang sedang sakit menunggu maut saja, sudi tak Maria ikut bersama Abang kedalam kubur untuk temankan Abang?"
"Abang ni dah gila agaknya!" jawab isteri ketiganya dengan tegas bercampur marah. "Hidup ini lebih baik di sini. Di dalam dunia ni. Bukannya dalam kubur! Maria akan berkahwin lagi setelah Abang mati." Hancur lebur perasaan Tuan Zaidi bila mendengar jawapan tersebut.
Tuan Zaidi tidak berputus asa lantas terus memanggil isteri keduanya pula seraya berkata, "Abang selalu mengadu hal kepada Ifah dan minta bantuan Ifah bila Abang ada masalah, dan Ifah pula selalu menolong Abang bila Abang dalam kesusahan.
Untuk kali terakhirnya Abang masih perlukan bantuanmu lagi, Ifah." "Apa dia, cakaplah bang?" Ifah bertanya lembut. Dalam hatinya merasa amat belas sekali melihat penderitaan suaminya yang tersayang itu. "Bila Abang dah mati nanti, boleh tak Ifah ikut bersama Abang kedalam kubur. Boleh Ifah temankan Abang. Taklah kesunyian Abang nanti."
Mendengar permintaan suaminya itu yang dianggapnya tak masuk akal, Latifah segera menjawab." "Maafkan Ifah bang, kalau selama ini Ifah tidak pernah kecewakan Abang tapi kali ini tidak mungkin Ifah dapat menolong Abang lagi kerana kita hidup sudah berbeza alam. Abang berada dialam kubur dan Ifah pula masih lagi hidup didunia ini. "Paling jauh pun, Ifah Cuma boleh temankan Abang setakat menghantar Abang ke kubur sahaja". Jawapan isteri keduanya itu, datang seperti halilintar yang membelah langit dan Tuan Zaidi merasa sungguh kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh ketiga tiga isternya itu.
Dalam kesedihan dan kekecewaannya terhadap jawapan yang diberikan oleh ketiga tiga isterinya itu, dengan tiba-tiba satu suara memanggilnya dan berkata, "Imah akan tinggal bersama Abang. Imah akan ikut kemana saja Abang akan pergi untuk menemani Abang selamanya." Fatimah, isterinya yang pertama itu menyatakan kesanggupannya dengan linangan airmata.
Tuan Zaidi mendongak ke atas, dan dilihatnya isteri pertamanya berada di situ. Dia kelihatan amatlah kurus kering, seolah-olah telah lama kebuluran tak makan.
Dengan perasaan yang amat sedih dan kesal sekali, Tuan Zaidi pun berkata, "Kesian Abang tengok Imah. Abang sepatutnya mengambil berat terhadap Imah sewaktu Abang masih sihat dulu! Abang lebih pentingkan isteri isteri Abang yang lain yang langsung tidak berguna lagi ketika Abang sakit ni. Sekarang Abang rasa sudah terlambat Imah.... Sudah terlambat....Abang menyesal! menyesal...Ya Allah!," luah Tuan Zaidi dengan kuat sekali. Penyesalannya sudah tidak berguna lagi saat itu.
Tiba tiba kata kata itu terhenti. Tuan Zaidi sudah kembali kerahmatullah dengan perasaan kecewa. Fatimah melaung dengan sekuat hatinya,"Abang, Abang, maafkan Imah bang, maafkan Imah...Imah tak sempat untuk menjaga Abang di saat saat akhir hidup Abang. Fatimah terus menangis dengan hibanya. Dia begitu kecewa sekali dengan sikap madu madunya yang lain itu. Tidak berperikemanusiaan langsung. Pak Mat yang sejak tadi berdiri disisi Tuan Zaidi turut sama menangis mengenangkan nasib Tuan Zaidi......
Sejak kematian suami mereka ketiga tiga isteri Tuan Zaidi merasa bebas dari sebarang ikatan. Setelah harta peninggalan Arwah Tuan Zaidi dibahagi bahagikan menurut hukum faraid, isterinya yang kedua, Maria pun berkahwin lain. Manakala Suzanna dan Latifah pula kembali kepangkuan keluarga masing masing.
Tinggallah Fatimah seorang diri di rumah banglo dua tingkat itu bertemankan Pak Mat, drivernya. Fatimah selalu sahaja bersedih sehingga makan, pakainya pun sudah tidak terurus lagi.
Akibat terlalu rindu dan sedih mengenangkan arwah suaminya, akhirnya Fatimah pun meninggal dunia. Begitulah kekuaatan cinta akan dapat dilihat pada setiap pengorbanan seseorang, diam bukan berarti lemah tapi kuat ketaatannya pada suami tercinta selagi masih ada hanyatnya.

17 March 2012

Doa menjaga kehormatan diri wanita





DALAM SEBUTAN RUMI : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

26 October 2011

pohon semalu dan wanita solehah

Pada suatu hari,
Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama
puteri
baginda,
Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka
berdua di
bawah sebatang pohon
tamar, Fatimah terpijak pohon semalu,
kakinya
berdarah lalu mengadu
kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya
apalah gunanya pohon semalu
itu berada di situ dengan nada yang
sedikit marah.

Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri
kesayangannya itu
bahawasanya pohon semalu
itu amat berkait rapat dengan wanita.

Fatimah
terkejut. Rasulullah
menyambung kata-katanya lagi. Para wanita
hendaklah mengambil pengajaran
daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.


Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila
disentuh. Ini boleh
diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai
perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam
untuk
mempertahankan dirinya.
Oleh itu, wanita perlu tahu
mempertahankan diri
dan maruah sebagai seorang
wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar
tunjang yang
sangat kuat dan
mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah
hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat
kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan
sendirinya apabila senja
menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian,
kembalilah ke rumahmu apabila
waktu semakin senja. Ambillah pengajaran
dari
semalu walau pun ia hanya
sepohon tumbuhan yang kecil.

23 October 2011

SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN..

  






Siapa kata jadi perempuan tu SENANG


Nak kena tutup sana, tutup sini

Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

Perempuan, stoking pon kena pakai

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

Komfem x tahan bertutup semua

Tapi, perempuan cool jek

Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Tiap2 bulan, mesti ada penyakit

Nak pergi kelas pon susah

Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

Cuba tengok budak lelaki , selamber jek

Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

Hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Hati ni Allah jadikan lembut betul

Cepat jek sensitif

Cuba tengok orang putus cinta

Selalu perempuan yg paling susah nak lupa

Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

Siapa yg paling teruk menangis

Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

Lembut tak lembut hati perempuan

Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan



 Allah

Diorang cakap, Allah x adil

Kenapa Allah lebihkan lelaki

Kenapa perempuan kena dengar cakap suami

Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel

Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk 



hati

Kesian kan kat diorang

Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

Persoalannya sekarang

Betul ke Allah x adil dengan perempuan

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan



 kaki ibunya

Betul, isteri kena ikut cakap suami

Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

X adil lagikah Allah pada perempuan

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

MashaAllah, hebatnya perempuan kan

Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

Banyak lagu pasal perempuan kan

Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali



 dekat dunia

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

Orang akan cakap:

'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

Kita x pernah dengar orang cakap:

'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu

Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

Perempuan senang nak masuk syurga

Tengok hadis ni:


"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan


(Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki



 syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."


(Hadis Riwayat Ahmad)


X adil lagikah Allah dekat perempuan

Oh perempuan, sedarlah

Betapa sayangnya Allah dekat kita

Betapa cintanya Allah dekat kita

Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan

Sekadar perkongsian bersama

~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, 



Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa



dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn

 dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~



Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi

Nabi laknat perempuan nipiskan bulu kening


AURAT WANITA DAN AZABNYA

FIRMAN Allah bermaksud: �Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, 


supaya mereka


 menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya 


(tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang 


sangat perlu dalam 


pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka 


sampaikan kudungnya ke 


leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan 


perhiasannya (tubuhnya), 


kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, 


saudara-saudaranya,


 anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai


 keinginan (terhadap perempuan


 - umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan 


kepada perempuan)


 dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan


 kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah 


dengan cara yang


 menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan 


taubatlah kamu 


semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung.� (Surah an-Nur,


 ayat 31) 


Wahai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri


 orang mukmin, 


hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya


 mereka mudah 


dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.


 (Maksud surah al-Ahzab, ayat 59)


Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya 



hingga mendidih 


otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada


 dilihat oleh lelaki 


yang bukan mahramnya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Menurut Bukhari, Nabi Muhammad saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan



 bulu kening atau


 meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Hadis riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)


Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian melewati suatu kaum supaya 



mereka itu mencium


 baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina. (Hadis


 riwayat Nasaii,


 Ibn Khuzaimah dan Hibban)





Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.



 (Hadis riwayat at-Thabrani)


Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah 



ciptaan Allah. (Hadis 


riwayat Bukhari dan Muslim)


Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda 



Rasulullah: �Wahai 


Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan 


anggota badan kecuali 


pergelangan tangan dan wajah saja." (Hadis riwayat Muslim dan Bukhari.


Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang



 bukan sejenis 


yang tidak halal baginya. (Hadis riwayat at-Tabrani dan Baihaqi).


Sabda Rasullullah SAW ~~ " Berusahalah mengosongkan hatimu dari keprihatinan memikirkan dunia, 



semampunya. ".... 

Meh ambik iktibar sama2..
 JAGA AURAT!


19 HADIS MENGENAI WANITA




1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."


SUBHANALLAH! Betapa besarnya darjat wanita mukminah wa muslimah,
jgn sia2kn stiap kurnian ALLAH  utk kta sbagai seorang wanita..
Kembalikan yg AZALI..

22 October 2011

FITNAH TERHADAP WANITA MUSLIMAH

Pada suatu dahulu,seorang wanita muslimah meninggal dunia d Madinah.Dijadikan cerita,keluarganya mencari seorang wanita tukang memandikan mayat,tetapi wanita(tukang memandikan mayat) adalah seorang yang buruk percakapannya.Ketika memandikan mayat wanita muslimah itu,wanita (tukang memandikan mayat) tersebut mengata mayat itu dengan kata-kata yang sangat keji.Wanita(tukang memandikan mayat) itu berkata,”kemaluan inilah yang dipakainya untuk berzina!”Astaghfirullahhalazim,tiba-tiba kedua tangan wanita itu melekat di tubuh mayat wanita muslimah yang dikejinya.Ia berusaha untuk melepaskan kedua tangannya itu tapi gagal.Orang-orang yang berada d luar yang sedang menuggu mayat itu dimandikan sudah mula risau kerana lama sekali wanita itu memandikan mayat.Setelah pihak keluarga menyusul,barulah mereka tahu apa yang terjadi.Keluarga tersebut cepat-cepat mengirimkan orang untuk menanyakan hal tersebut kepada beberapa ulama’ d Madinah.Ada ulama’ yang menyuruh tangan wanita itu dpotong dan dtanam bersama mayat tersebut.Ada yang suruh agar tubuh mayat itu sahaja yang dpotong untuk menyelamatkan wanita tukang memandikan mayat tadi. Ulama’ Madinah tidak boleh membuat keputusan tersebut,samada memotong kedua tangan wanita berkenaan atau memotong sebahagian tubuh mayat itu.Setelah keputusan ini tidak dapat dbuat,mereka pergi bertanya kepada Imam Malik bin Anas r.a. Selepas mendengar cerita itu,Imam Malik r.a.terus datang ke tempat kejadian.Lalu beliau minta dberi kesempatan untuk mengusul tukang mandi itu dari bilik hijab.Ia bertanya kepada juru mandi itu(dari bilik hijab),”katakan dengan jujur apa yang telah kau tuduhkan kepada mayat ini?”Wanita itu menjawab dengan nada yang menyesal,”Aku telah menuduhnya berbuat zina ketika aku memandikannya!”Setelah jelas dengan perkara itu, Imam Malik r.a. berkata kepada anggota keluarga dan saudara mara si mayat ,”Wanita tukang mandi itu telah melanggar hak si mayat.Ia telah melanggar hudud Allah Ta’ala,menuduh seorang wanita muslimah yang baik melakukan zina tanpa bukti dan saksi seramai 4 orang.Jadi, ia harus menjalani hukuman 80 kali sebatan.Kalau hukuman itu telah dilaksanakan, InsyaAllah kedua tangannya boleh terlepas dari tubuh si mayat…”. Setelah hukuman itu djalankan,barulah kedua tangan wanita itu terlepas dangan sendirinya!