10 March 2013

LEAD TRAIN 2013

ASSALAMUALAIKUM penghuni-penghuni alam maya....

(CAUTION! ENTRY PANJANG!)

         Sekian lama sudah tidak berpena disini.. Kesibukkan semester ini membataskan diri ini mencoretkan sesuatu yang sekian lama ingin dilepaskan.... Ana teringin sekali nak berkongsi tentang pengalaman ana pertama kali menjadi committee.  Peristiwa ini terungkai pada  tanggal 23 februari 2013. Program ini telah pun ditukar nama menjadi Ibadah Camp.

       Asalnya hanya gurauan semata-mata antara sahabat-sahabat ana. Di kelas computer, setelah tamatnya kuiz computer, kami dilayangkan kertas berinti tawaran untuk menjadi committe lead train, hanya dengan mengisi nama dan nombor telefon.. Seperti yang kami tahu, program lead train ini sememangnya wajib untuk setiap student, sebagaimana yang telah kami lalui dulu. Tetapi program ini memerlukan kami selama 2 hari, kami hanya mampu mengisi nama untuk sehari sahaja kerana telah pun mempunyai program lain pada keesokkan hari iaitu bengkel penulisan bersama Ustazah Fatimah Syarha. Cukup sayang untuk melepaskan peluang untuk menimba pengalaman sebagai committee dan juga cukup sukar untuk melepaskan bengkel tersebut, lebih-lebih lagi buat kawan ana yang cukup berminat dengan penulisan. Justeru, kami berharap dengan pengisian selama sehari dapat juga diterima oleh mereka.


       Menjelang lewat petang, dua orang daripada sahabat ana menarima mesej panggilan untuk meeting committee lead train pada petang itu. Tetapi alangkah pilunya hati kami bertiga yang tidak menerima mesej tersebut. INSIDEN INI CUKUP LUCU UNTUK DICERITAKAN. Biarlah menjadi kenangan kami bertiga. Solusinya, kami terpaksa meninggalkan bengkel penulisan demi program ini. First meeting di Student Development and Leadership Training Department bersama ustaz pengelola program tersebut. Waktu itu, diberi briefing sedikit sebanyak tentang program yang akan berlansung tengah hari esok oleh ustaz. Seterusnya diambil alih oleh our program manager. Rata-rata wajah yang berada di situ cukup asing bagiku, kerana mungkin bercampur dari kos yang berbagai, ada yang first year juga. Dan saat itu juga pembahagian biro dilaksanakan. Ana dan 2 sahabat ana diberi peluang untuk memikul tanggungjawab dalam biro special task.

     Keesokkan harinya, pada pagi itu sekali lagi kami bermusyawarah sebelum program bermula. We call as Final touch. Disini kami membuat persiapan terakhir, biro ana hanya diberi sedikit briefing tentang flow event, dan beberapa tugas yang kami perlu jalankan. Seriously agak penat.. Dari pukul 9 hingga 1, bergesa pulang menukar pakaian dan makan tanpa cukup nafas. Terus kembali ke dewan untuk persiapan progaram yang akan bermula pada pikul 1.45 petang. Sebelum itu, kami dari biro special task perlu membuat pengumuman sebagai information untuk students.

     Alhamdulillah program berlansung dengan rapi. Dimulakan dengan opening ceremony by ustaz. Diteuskan dangan talk about "how to be a leader". Kami hanya mampu menyelit masa seketika untuk bersolat, oleh kerana we were on duty that time. Sesi malam pula disajikan dengan bicara dari seorang Datuk. Program berakhir tepat pada pukul 11 malam. Pelajar2 mula bersurai dan para committee need to stay up. Kami membuat preparation for qiammulai tomorrow. Gulungan tikar diluruskan mengikut kiblat. Penghadang diletakkan untuk memisahkan antara brothers and sisters. Sebelum pulang, kami mengadakan sesi post mortem yang dikendalikan oleh PM. Segala permasalahan dan komen dibentangkan oleh setiap biro.



    Sesi qiammulail... 
          Dikejutkan oleh kawan pukul 4.30 pagi. Terus bergegas ke post guard untuk announcement. Siap sedia mengawal di pintu belakang dewan untuk sisters. Tak pernah menyangka aku bisa berdiri pada waktu sedingin itu. Sesi qiammulail menggugat sanubari insan2 dalam kemamaian. Hampir terjelepok ke tikar solat dek kerana nafsu tidur. Satu kenangan yang cukup indah. Setelah selesai, para committee sister bergegas pula menyiapkan hidangan sarapan pagi. Kami pulang semula ke mahallah masing2 pada pukul 8 pagi. Dan diminta semula kembali pada pukul 9.00 pagi untuk sesi selanjutnya.

     Sesi pagi ini dikhabarkan memerlukan kerja keras special task yang lebih tinggi. Kami ditugaskan untuk mengedarkan kertas, spaghetti, marshmallow dan sellotape untuk sesi kerja kumpulan. Agak seronok sesi ini kerana pelajar2 diminta untuk menghasilkan sebuah tower menggunakan 15 batang spaghetti dan diwajibkan meletakkan marshmallow di puncakanya. Ada yang berjaya, ada juga yang runtuh towernya bila tiada keseimbangan apabila marshmallow diletakkan

      Sesi terakhir iaitu closing ceremony. Sesi berakhir pada pukul 1 tengah hari. Saat itulah para committte mengadakan sesi post mortem yang terakhir. Segala ketidakpuasan hati dan permasalahan diutarakan oleh setiap biro. 

# Indahnya pertemuan kerana Allah. Dalam dua hari masa yang cukup singkat buatku untuk mempelajari apa itu sebuah kepimpinan. Di bawah seorang pemimpin yang berkepimpinan membuatkan diri terpimpin dan dipimpin.

sekain... WASSALAM

0 comments:

Post a Comment