20 November 2013

Pak Latip @ Pak Talib???

ASSALAMUALAIKUM.....

Indah sungguh hari ini. Sekali lagi kenangan indah tercipta. Kenangan yang akan selalu menjadi koleksi pengalaman hidupku.... Kali ini bersama dengan penulis buku sejarah Islam terkenal, Pak Latip Talib. Tepat sekali, kita hanya merancang, Allah yang akan mementukan segalanya.

Permulaanya berkisar tentang sahabat aku, Nurul Nazirah. Dia mendapat peluang ditemu ramah sebagai peminat Pak Latip yang telah selesai dijalankan pagi tadi di kedai PTS, Batu Cave. Aku dan kawan aku, Syazwani hanya sekadar menemaninya. Tetapi tidak disangka perbualan terakhir kami menjadi kenyataan. Tanpa persediaan aku dan Wani ditemu ramah sebagai peminat beliau. Bukan peminat tegar, hanya sekadar-sekadar membuatkan kami hilang butir bicara. Kekadang menggelikan, memalukan dan menyeronokkan, kerana ini sebuah pengalaman dan kenangan. Pertama kali berjumpa dengan beliau, sangat segan sekali. Tambahan pula aku tersilap sebut namanya, Pak Latip jadi Pak Talib...Allah..... malu yang amat. Sempat membeli beberapa buah buku dengan harga potongan istimewa. Alhamdulillah.

Sekadar catatan untuk kenang-kenangan kami....
[Nurul Nazirah  Nur Syazwani Nur Afifah]
[21/11/13]

#Akan disiarkan dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 minggu hadapan. =)

Bersama Pak Latip, seorang yang sangat peramah dan bersederhana

Di ajar berkata-kata

0 comments:

Post a Comment