4 November 2013

I'm A New Intake Student

ASSALAMUALAIKUM...

Sudah tiba masanya untuk aku mula mengeluarkan satu kenangan yang dulu-dulu untuk tatapan warga maya. Setelah sekian lama diri tidak berinteraksi dengan alam maya ini walaupun sering kali menjengah muka buku, akan tetapi blog aku lupakan.

Sudah dua bulan aku menjalani hidup di bumi UIAM GOMBAK, terasa banyak kelainannya berbanding dulu. Dalam keadaan diri sudah terpisah jauh dengan kawan-kawan, bagaikan jarak menghalang segala-galanya. Tetapi ia tidak semudah itu menghancurkan segala yang sudah terjalin.

Pada 06/09/13, di tarikh keramat ini aku mula melangkah kaki dengan iringan ibu bapaku yang masih punya harapan yang sama untuk setiap anak-anaknya. Melangkah dengan tujuan dan harapan. Mencipta  seribu satu kenangan. Kenangan yang tak akan mampu orang lain miliki kerana aku yang mencipta kenangan itu.
Doa dan nasihat tidak pernah hilang dari bibir sang ibu dan ayah, kepercayaan yang diberi tidak pernah ada sangsi. Itulah ibu dan ayah.

Aku menetap di Mahallah Safiyyah bersama sahabatku  Siti Rokiah. Mempunyai satu bilik yang menempatkan 8 orang dan setiap compartment memiliki dua orang penghuni. Malangnya, di Safiyyah agak sempit ruangan bilik berbanding dengan rakan-rakanku yang lain. Kebayakkan mereka menetap di Mahallah Asma' dan Hafsah, agak eksklusif dan lebih private. Mempunya 4 compartment, dan setiap seorang menghuni satu bilik dengan selesannya. Sudah tekad di hati, sebelum mendaftar. Ingin memohon pertukaran mahallah, mungkin ke Hafsah atau Asma'. Masih menanti tarikh permohonan.

Begitulah situasi yang dapat aku ceritakan. Tidak lupa juga Ta'aruf Week yang mulai mengukirkan bibit-bibit kenangan pertamaku di UIAM.

Sekian.

0 comments:

Post a Comment