18 October 2011

Dessert Triffle...



Bahan-bahan ( satu loyang atau satu tware sederhana besar )

  • satu tin koktel
  • satu tin susu cair
  • 2 sudu kastad.
  • sebiji telur (ambik kuning sahaja)
  • jus oren atau kordial oren # cadangan sunquick mangga / oren
  • satu kek gulung perisa oren.
  • satu paket jelly oren.
  • 2 sudu gula

Cara-cara

  1. Susun kek gulung ke dlm bekas. # kalo nak cantik,gune kek gulung mini n jgn potong.susun dlm bekas transparent.
  2. Bancuh jus oren setengah cawan. #rase dulu kemudian ketepikan.
  3. Masukkan susu cair dlm kuali.(api perlahan n kacau selalu.jgn sampai berketul)tunggu menggelegak.
  4. Bancuh tpg kastad dlm cawan bersama 1/2 cawan air sampai larut.
  5. Masukkan bancuhan kastard ke dlm susu yg menggelegak.
  6. Masukkan 2 sudu gula.(bole dikurang atau ditambah mengikut thp manis yg diingini).
  7. Masukkan kuning telur yg dah dipukul.
  8. Masukkan jus oren (kire2 dua sudu makan sunquick oren). # rase dulu.kalo tak cukup manis n x cukup rase orennye,tambah la lagi).
  9. Tunggu sampai likat kemudian sejukkan sebentar.(agak2 la sejuknye.jgn sampai dah berketul plak.suam2 kuku la.)dlm 3 minit dah cukup)
  10. Dalam periuk lain, masak jeli mengikut cara yg tertulis kat belakang plastiknya.
  11. Ambik balik kek gulung yg dah disusun dlm bekas tadi.
  12. Curah jus oren n air koktel atas kek (jgn sampai banjir.cume basahkan aje).
  13. Masukkan adunan kastad yg dah sedikit sejuk.ratakan.
  14. Masukkan koktel tanpa air.tekan sedikit.
  15. Tuang adunan jelly.
  16. Ratakan.buah2an yg terjojol.kalo nak cantik n sedap lagi, pastikan buah2 tu ditenggelami jelly.
  17. Masukkan dalam peti sejuk.
  18. Beberapa cadangan: *Guna koktel dlm tin berwarna hijau.tak ingat brand la.tapi buah2an dlm tu agak menarik mcm buah peach,ceri,nenas dll.
  19. *Jus / kordial , kek gulung dan jelly boleh ditukar ikut selera.sebaik2nye kalo nak triffle perisa oren, so jus/kordial,kek gulung n jelly kena la perisa oren gak.
  20. *Masa masak kastard, ada gak org boh perisa vanila,tapi nak jimat guna je kordial yg ada.
  21. *Kalo nak triffle sedikit keras n senang dipotong, masa masak jelly tu campurkan sedikit agar2.dah masak, boh sedikit atas kek.(agak2.jgn sampai banjir n hancur kek tu.asal basah, sdh memadai.)
  22. *Beli sekotak kek gulung mini yg ade gbr mickey mouse.

0 comments:

Post a Comment