Showing posts with label RESIPI. Show all posts
Showing posts with label RESIPI. Show all posts

24 June 2012

Bubur Ayam



BAHAN-BAHAN


Isi Ayam (direbus dan di siat siat) 
1 cawan beras 
1 inci halia 
3 biji bawang merah 
2 biji bawang putih 
1 batang Lobak merah (potong seperti lidi) 
Air 
Minyak (untuk menumis) 
Sediki daun bawang 
Sedikit garam 
Sedikit lada sulah


CARA-CARA

Halia, bawang merah dan bawang putih hi campurkan dan ditumbuk halus. Panaskan minyak dan tumis sehingga wangi. 

Kemudian masukkan beras yang sudah dibersihkan digaul sebati. 

Masukkan air dan didihkan sehingga separuh masak. 

Kemudian di masukkan ayam, garam dan lada sulah. Kacau rata. 

Masukkan Lobak merah apabila nasi hampir pecah. Jika air cepat kering tambahkan lagi air (jika boleh air rebusan ayam tadi hendaklah digunakan) 

Bubur sedia dihidangkan.

p/s : insyaALLAH jika diluangkan msa ana akn cuba resipi ini,, so sama2 lah kita memantapkan lg skill memasak yg sedia ada..

5 June 2012

Gulai Asam Rom (Pahang)

GULAI ASAM ROM adalah masakkan Pahang sebelah, Jerantut (Ulu Tembeling, Ulu Cheka), 
Lepeh, Raub dan ada juda di Perak.


ROM : ape dia? berasal dari buah perah, buah ni tumbuh kat dalam hutan, pokoknye beso cam batang 

balak.

Selalunye ade pada musim panas je. Nak buat rom ni kena yang betul -betul pakar dan terer je. Kalau 

tak boleh 

bawa maut. Buah perah ni asalnye mabuk. 


Cara buat rom, buah dan isinya lebih kurang buah getah, cuma ia bujur je warna kuning coklat. Ade 

juga yang 

buat rom pakai buah getah tapi kurang powerlah sikit. Buah perah di kupas dan dijemur beberapa hari 

untuk hilang 

getah mabuknye







Ni rupa Asal Rom dari buah perah tapi yang ni dah direbus, rasa macam kacang








Perah yang baru ditumbuk ni dinamakan ROM 

Bila dah kering ditumbuk pulak hingga keluar minyak sikit, lepas tu simpan dalam bekas, dah 
lama tu baru boleh guna.
Resepi Gulai Asam Rom / Rong
  1. Rom secukupnye, kalau mengikut kaedah dia yang sebetulnya, kalau segengam rom  segengamlah ladanya.
  2. Ikan: ikan sungai paling best, kelah, tengas, baung, keli (semua ikan boleh) daging pun best juga (kena pulak tang lemak dia). Siput sedut lagi best  (Y)
  3. Kunyit 1 inci
  4. Daun kesum
  5. Lada ikut sukatan di atas.
  6. Kalau ade daun kesin lagi best, daun macam daun kunyit ade tumbuh dalam hutan (telah berjaya tanam belakang rumah)
  7. Garam secukup rasa
  8. Kalu ade, boleh isi petai, jering semai, terung telunjuk, terung anggur ke, untuk menambah keenakkan rasanya
  9. Asam keping
  10. Bunga kantan
  11. Air secukup nye
Cara-cara membuatnya:


  1. Tumbuk bersama kunyit, lada dan rom tadi.
  2. Masuk dalam periuk campur terus dengan ikan dan semua bahan di atas dan masak.



18 October 2011

Dessert Triffle...



Bahan-bahan ( satu loyang atau satu tware sederhana besar )

  • satu tin koktel
  • satu tin susu cair
  • 2 sudu kastad.
  • sebiji telur (ambik kuning sahaja)
  • jus oren atau kordial oren # cadangan sunquick mangga / oren
  • satu kek gulung perisa oren.
  • satu paket jelly oren.
  • 2 sudu gula

Cara-cara

  1. Susun kek gulung ke dlm bekas. # kalo nak cantik,gune kek gulung mini n jgn potong.susun dlm bekas transparent.
  2. Bancuh jus oren setengah cawan. #rase dulu kemudian ketepikan.
  3. Masukkan susu cair dlm kuali.(api perlahan n kacau selalu.jgn sampai berketul)tunggu menggelegak.
  4. Bancuh tpg kastad dlm cawan bersama 1/2 cawan air sampai larut.
  5. Masukkan bancuhan kastard ke dlm susu yg menggelegak.
  6. Masukkan 2 sudu gula.(bole dikurang atau ditambah mengikut thp manis yg diingini).
  7. Masukkan kuning telur yg dah dipukul.
  8. Masukkan jus oren (kire2 dua sudu makan sunquick oren). # rase dulu.kalo tak cukup manis n x cukup rase orennye,tambah la lagi).
  9. Tunggu sampai likat kemudian sejukkan sebentar.(agak2 la sejuknye.jgn sampai dah berketul plak.suam2 kuku la.)dlm 3 minit dah cukup)
  10. Dalam periuk lain, masak jeli mengikut cara yg tertulis kat belakang plastiknya.
  11. Ambik balik kek gulung yg dah disusun dlm bekas tadi.
  12. Curah jus oren n air koktel atas kek (jgn sampai banjir.cume basahkan aje).
  13. Masukkan adunan kastad yg dah sedikit sejuk.ratakan.
  14. Masukkan koktel tanpa air.tekan sedikit.
  15. Tuang adunan jelly.
  16. Ratakan.buah2an yg terjojol.kalo nak cantik n sedap lagi, pastikan buah2 tu ditenggelami jelly.
  17. Masukkan dalam peti sejuk.
  18. Beberapa cadangan: *Guna koktel dlm tin berwarna hijau.tak ingat brand la.tapi buah2an dlm tu agak menarik mcm buah peach,ceri,nenas dll.
  19. *Jus / kordial , kek gulung dan jelly boleh ditukar ikut selera.sebaik2nye kalo nak triffle perisa oren, so jus/kordial,kek gulung n jelly kena la perisa oren gak.
  20. *Masa masak kastard, ada gak org boh perisa vanila,tapi nak jimat guna je kordial yg ada.
  21. *Kalo nak triffle sedikit keras n senang dipotong, masa masak jelly tu campurkan sedikit agar2.dah masak, boh sedikit atas kek.(agak2.jgn sampai banjir n hancur kek tu.asal basah, sdh memadai.)
  22. *Beli sekotak kek gulung mini yg ade gbr mickey mouse.