23 October 2011

Nabi laknat perempuan nipiskan bulu kening


AURAT WANITA DAN AZABNYA

FIRMAN Allah bermaksud: �Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, 


supaya mereka


 menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya 


(tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang 


sangat perlu dalam 


pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka 


sampaikan kudungnya ke 


leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan 


perhiasannya (tubuhnya), 


kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, 


saudara-saudaranya,


 anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai


 keinginan (terhadap perempuan


 - umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan 


kepada perempuan)


 dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan


 kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah 


dengan cara yang


 menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan 


taubatlah kamu 


semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung.� (Surah an-Nur,


 ayat 31) 


Wahai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri


 orang mukmin, 


hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya


 mereka mudah 


dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.


 (Maksud surah al-Ahzab, ayat 59)


Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya 



hingga mendidih 


otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada


 dilihat oleh lelaki 


yang bukan mahramnya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Menurut Bukhari, Nabi Muhammad saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan



 bulu kening atau


 meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Hadis riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)


Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian melewati suatu kaum supaya 



mereka itu mencium


 baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina. (Hadis


 riwayat Nasaii,


 Ibn Khuzaimah dan Hibban)





Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.



 (Hadis riwayat at-Thabrani)


Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah 



ciptaan Allah. (Hadis 


riwayat Bukhari dan Muslim)


Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda 



Rasulullah: �Wahai 


Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan 


anggota badan kecuali 


pergelangan tangan dan wajah saja." (Hadis riwayat Muslim dan Bukhari.


Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang



 bukan sejenis 


yang tidak halal baginya. (Hadis riwayat at-Tabrani dan Baihaqi).


Sabda Rasullullah SAW ~~ " Berusahalah mengosongkan hatimu dari keprihatinan memikirkan dunia, 



semampunya. ".... 

Meh ambik iktibar sama2..
 JAGA AURAT!


0 comments:

Post a Comment