6 June 2012

KEK BATIK


Tentu semua dah thu kan cara nak buat kek batik kn??.. sebabnya dia mmg mudah dan simple je..
Masa sekolah dulu, mmg famous lah dlm kalangan kawan2 ana.. diorang mmg suka sgt buat kek ni..
Dan ana pun dah pernah cuba buat..
So korang yang x pernah buat lg tu.. try lah buat...
just for info...
Bahan-bahan :
  • 2 bungkus biskut Marie (setiap satunya dipecah empat)
  • 1 tin susu pekat
  • 7 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 Buttercup kecil (250g)
  • 6 sudu serbuk koko
  • 6 sudu serbuk Milo
 Cara masakan :
01.Mula-mula, cairkan buttercup, setelah itu matikan api
02.Selepas itu, pukul telur seperti telur dadar
03.Kemudian, campurkan kesemua bahan (kecuali biskut Marie) ke dalam kuali
04.Seterusnya, buka api sederhana dan kacau bahan-bahan di dalam kuali tadi sehingga sebati dan sampai kenyal dan nampak berkilat. Setelah itu, matikan api
05.Selepas itu, masukkan biskut Marie ke dalam kuali tadi dan gaul sampai rata
06.Masukkan adunan ke dalam loyang yang dilapik plastik supaya mudah untuk dipotong
07.Akhir sekali, sejukkan di dalam peti ais selama yang dirasakan cukup


0 comments:

Post a Comment