29 August 2013

Dessert Trifle

ASSALAMUALAIKUM...

Entry kali ni terasa nak share resepi dessert trifle lak...
Tahu tak trifle tu macam mana?
Kak ipar aku pun tak tahu..hahaha... Yang buat aku semangat nk tulis entry ni pasal dia puji aku punya trifle sedaaapppp....hehe.
Macam mana nak buat??? Alaaaa senang je... Trifle aku ni jenis masakkan kampung je, bukan ala-ala 5 stars tau!
Okeyh let's check it out!!

---->Bahan-bahan :
1. Koktel buah-buahan 1 tin










2. Susu cair 1 tin











3. Tepung kastard














4. Kek gulung












5. Agar-agar jelly











6. Gula & susu pekat (bahan tambahan)


---->Cara-cara : Lapisan kedua

*Mula2 masukkan susu cair 1 tin ke dalam periuk dengan kadar api yang perlahan (takut hangit pulak). Masukkan tepung kastard 3 sudu @ lebih (atas kepekatan) yang telah pun dicairkan dengan air sedikit (untuk mengelakkan tepung tak hancur). 



*Biasanya saya tambah gula dan susu pekat dua tiga sudu. Tak tambah pun tak pe. Kalau nak tambah air sikit pun boleh, tapi pastikan tepung kastard perlu banyak supaya nanti ia pekat, kalu cair tak jadi.

Lapisan pertama :

* Ambik bekas hidangan, hiris kek tadi sebanyak mana yang nak tapi sesedapnya kasi semua tutup ruang bekas tu. Kasi rata. Lepas tu taburkan air koktel buah tadi keliling kek, supaya nanti dapat rasa air buah pada kek dan selepas  itu penuhkan ruang atas kek dengan taburan koktel ( jangan tabur habis, simpan untuk kegunaan bahagian top pulak).

* Kemudian ambil bahan yang dimasak tadi dan masukkan ia ke dalam bekas yang sama. Sekali lagi taburkan baki koktel tadi.

Lapisan ketiga :

* Masak agar-agar jelly tadi hingga hancur dalam kuantiti yang sedikit. Biasanya saya guna warna merah. Tampak lebih cantik dan menyelerakan.


* Next, tuangkan ia di atas lapisan kedua tadi. Boleh je kalau nak letak bahan hiasan lain pun boleh. Laaagi cantik...


SIAP ! =)
TADAAAA..............................................

















Jangan lupa di sejukbekukan terlebih dahulu yer...makan sejuk-sejuk lagi best...hehe
Selamat mencuba.

Wassalam

#r4bia... Pray 4 them..

0 comments:

Post a Comment