25 August 2013

Si Anak Kecil

"Abah, balik lah.. Orang rindu abah". Sayut-sayut kedengaran esakkan anak kecil dengan rintihan pilu merindukan kasih seorang bapa. Hatiku tersentuh lantaran rintihan yang sungguh syahdu. Dinihari itu si anak kecil masih merintih sayu tanpa lelah, mengharapkan kepulangan abah tercinta.
Nurul Asiah binti Mohd Arifin diberi nama, seiring dengan kisah ketabahan Asiah, isterinya Firaun. Anak kecil ini tetap kuat berada di kemelut kesunyian, masih lagi mampu tersenyum riang menghabiskan sisa zaman kecilnya sepersis kanak-kanak normal.
Hatiku tersayat lantas otakku mula melakukan olah gerak mencari punca ke mana hilangnya sang ayah. Sejenak aku terfikir, abahnya sering kali mengadu sakit lantaran penyakit yang ditanggungnya sekian lama makin bertindak aktf. Kencing manis ataupun bahasa saintifiknya diabetes, rakyat Kelantan sudah tentunya terkenal dengan makanan manis dan cukup sinonim dengan penyakit ini kerana merupakan negeri yang mempunyai ramai pengidapnya. 
"Aduh.. Aduh.. Ya Allah sakitnya.." Rintihan ini sering kali meniti di bibir tua sang ayah dikala malam menjelma yang sering kali menggangu lena malamnya. "Mungkin saja abahnya dimasukkan ke hospital" Hatiku cuba menebak. Itu sahaja yang mampu aku fikirkan, tidak sanggup terus berfikir lebih jauh.
Di kala lewat petang itu, kulihat si anak kecil itu bermain-main dengan basikalnya seolah-olah tangisan dan rintihan itu bukan miliknya. Sejurus melihat raut wajahnya yang riang, hati ini berkobar-kobar ingin tahu akan ke mana hilangnya abah.
"Uyu.. Uyu.. Kak Ipah dengar Uyu nangis tadi.. Kenapa?" "Hehe abah orang kena tahan kat hospital 30 hari, lama Kak Ipah..." Persoalan aku terus terjawab, bibir hanya mampu mengucapkan kata sabar dan harapan untuk kesembuhan abahnya.

# Jom sama-sama doakan agar abahnya si adik manis ini lekas sembuh dan terus membahagiakan ahli keluarganya...
"NURUL ASIAH ANAK SOLEHAH, semoga terus berada dalam dakapan Ilahi" 
Wassalam

0 comments:

Post a Comment