5 August 2015

Anak Bulus lagi...

ASSALAMUALAIKUM...

Mahu memberitakan perkhabaran dari Dunia Kucing. Salah seekor ibu muda yang dikhabarkan disini semalam telah selamat melahirkan anak-anaknya.
Hamba kira-kira didapati empat ekor kesemuanya. Khabarnya ibu muda tersebut mengalami sakit-sakit sekitar jam 5.00 pagi tadi dan beransur-ansur selamat maelahirkan anak-anak sulungnya sekitar jam 5.30am sehingga 6.30am.

Dinihari ini, anak-anak kelihatan sihat-sihat belaka. Walaupun ibu muda itu pada mulanya agak sukar untuk melahirkan dan diperhatikan agak tidak pandai menguruskan anak-anaknya.
Tetapi naluri seekor ibu mampu mengajar ibu muda itu dalam sekelip mata sahaja demi memastikan anak-anaknya selamat dilahirkan.

Boleh dilihat pada tindakan pantas ibu muda itu dengan menjilat anak-anaknya sejurus selepas ia dilahirkan.

Kesempatan ini, pihak buletin berita Dunia Kucing mendoakan agar ibu muda tersebut dan anak-anaknya sihat walafiat. Amin.

Sekitar berita dari dalam Dunia Kucing.

"Gambar Hiasan"

0 comments:

Post a Comment