23 August 2015

Tahun Ketiga

ASSALAMUALAIKUM...

Kini di penghujung Ogos, 23. Maka hampir tamatlah cuti semesterku. Setelah hampir tiga bulan memeram otak dan membesarkan diri. Sem depan agak mencabar juga bagiku, mungkin kerana dah berupa pelajar tahun ketiga. Maknanya aku ni di antara hakak-hakak senior ler. Pejam celik pejam celik tup-tup dah nak grad.

Otak mengatakan bahawa aku bagaikan bermimpi, mata mengatakan aku sedar. Aku hampir meninggalkan alam belajar. Aku bakal merindui persahabatan yang terjalin di sana. Betapa ingin aku luahkan seronoknya kehidupan sebagai pelajar. Mungkin ada masa, ingin aku coretkan kehidupan kami disana. Tentu sekali bermakna bila dikenang kembali.

Hati berkobar-kobar mahu kembali belajar, dan hati juga resah ingin meninggalkan rumah. Pelbagai komitmen terpaksa jua aku lepaskan demi menghabiskan sisa-sisa baki pebelajaran. Setiap kali selepas cuti panjang, haruslah aku tidak lari dengan mood "homesick". Walaupun dah bertahun-tahun belajar jauh dari rumah, tetapi tetap jua rindukan keluarga, rumah dan tentunya kucing-kucingku. Orang luar kata "hati tak sado". 

Kugagahkan jua langkah, kucekalkan jua hati, istiqamah untuk terus bangkit cemerlang. Sebab aku tahu, tak ada benda yang mampu menjamin masa depan aku jika aku tak bersungguh saat ini. Dunia sekarang pun dah makin merisaukan, apatah lagi di masa hadapan. Kemana harus ku bawa pergi, tanpa ilmu? tanpa duit? 

Macam-macam rancangan untuk sem depan dah pun terngiang-ngiang, tapi menunggu masa dan ruang untuk direalisasikan.

Harapannya semester baru ini, aku lebih baik dari sebelumnya.


العام في القلوب، لا في الكتوب



0 comments:

Post a Comment