17 July 2013

Miya aku...

ASSALAMUALAIKUM....

Sedih di pagi hari, aku menangis lagi kerana Miya si kucing..
Dalam keenakkan tidur, aku dikejutkan mama. "Ipah bangun.. Miya balik dah ni nak makan nasi.." Dalam mamai aku menjawab "ya". Begitulah rutin aku setiap pagi apabila memiliki Miya si kucing soleh. Pagi-pagi orang tak bangun tidur lagi dah nak makan.

Dalam mamai-mamai aku bangun mendapatkan Miya. Pandangan aku sedikit kabur memandangkan baru bangkit dari lena. Alangkah sedihnya hatiku apabila Miya menerkam kakiku. "Aaaa aduhhh..! Sakitlah....!" Lalu mejeritlah aku dan terus masuk ke bilik menangis. Huhu sakit kot. Hmm memang Miya macam tu. Sudah menjadi kebiasaan apabila dia lapar, tidak ada lagi kompromi. Selalunya memang dia begitu tapi tidaklah sekuat gigitan tadi. Tapi tidak mengapalah, sekejap je aku terasa. Dia kan kucing mana mengerti semua ini. Dia hanya tahu makan, tidur, berak, jalan-jalan dan mengawan. Mujur ada Ciko (kucing baru) penghibur hati.

Anyway aku sayang kucing-kucing aku dan aku sayang kucing-kucing seluruh dunia. Aku doakan semuanya sihat-sihat belaka. Ameen...




0 comments:

Post a Comment