17 July 2013

Diari aku: Kami di CFS

Dibilik 205: kepada kawan2 aku sekalian....

Persahabatan kita umpama mutiara jernih di dasar lautan. Sangat bernilai dan bermakana. Dulu, sebelum aku menjejakkan kaki ke Uia, aku pernah memohon pada Allah, "Ya Allah sekiranya aku di sana kesunyian, kau pertemukan aku dengan kawan-kawan  yang baik, aku takut ya Allah hidup di dunia baru". Sungguh, Allah memakbulkannya. Mula-mula datang Uia, Allah tegarkan hati aku agar tidak menangis ditinggalkan keluarga. Hm, ya.. mata aku sikit pun tidak mengalir air jernih disaat keluarga tinggalkan aku disini. Pada ketika itu juga kuasa Allah s.w.t, Dia pertemukan aku dengan kawan sekolah dahulu...(terhenti seketika, Siti ditimpa ujian yang sukar aku mengertikan).

Masih di diari yang sama dengan tujuan yang sama tetapi berlainan hari dan masa.
Di bilik 205, Mahallah Aisyah blok A; jam 12:45pm bersamaan tarikh pada 20/05/13...

Perjalanan diari ini bersambung kembali dengan hatiku yang duka saat ini, bahkan lagi kepada sang pemilik ujian itu. Tabahkan hati sahabatku. Maafkan aku jika aku tidak lagi menceritakan insiden semalam dan izinkan aku meneruskan agenda aku menulis diari ini. Bersambung lagi, kisah aku dengan kawan-kawan yang berjiwa santai. Bukan aku nak berjiwang tetapi sememangnya kasih sayang kami bercantum dengan jambatan persahabatan yang utuh selagi mana Allah tidak menarik kasih dan sayang itu. Kejadian semalam menjadi impak besar buat kami semua hingga perjuangan hari ini hampir terngadah tetapi cepat-cepat aku bangkitkan usaha demi semangat dia sahabatku yang masih tersisa di hati ini.

Atas kuasa Allah s.w.t aku ditemukan dengan sahabat sekolah menengah aku dahulu. Dengan dia aku ganjal, dengan dia aku segan kerana aku bukan sahabat sekepala dengannya. Pada waktu sekolah dulu, kenal tidak seberapa macam hangat-hangat tahi ayam, sekadar adab tegur-menegur budaya kita. Memang tidak disangka dia lah penenang aku di saat aku mulai dihimpit kerinduan pada keluarga. Paling mengejutkan, ditakdirkan aku sebilik denganya di PJ dan juga di Nilai. Dia Nurul Azmiah, manusia pertama kutemu yang memberikan segaris senyuman doraemon.

Persahabatan kami pada mulanya tidak seindah yang kamu bayangkan, kerana hidup aku ketika itu ibarat dalam kegelapan kesunyian. Walaupun punya kawan peneman tetapi hanya ku pandang sebelah mata. Ini pula kisah aku dengan Nur Fatimah. Orang panggil dia Enor, aku kenal dia sebab satu bilik dan budak ini satu-satunya kawan aku yang berlainan kos dengan aku. Dia orang Terengganu tinggal dekat Kerteh tetapi cakap macam orang KL. Dalam keberadaan aku di minggu orientasi, tidak pernah sekalipun aku melihat kewujudan Enor sebagai manusia berguna buat aku tika itu kerana aku tidak tentu arah. Hingga satu malam, ianya mengubah sesuatu yang sangat bermakna buat aku. Hikayat itu bermulanya dengan sebaris nama "ipzasweet" yang aku lakarkan pada beg ta'aruf week aku.

Tidak di sangka sebaris nama pelik itu menjadi tali ikatan kami. Enor kebingungan tentang sebaris nama itu dan aku buat pertama kalinya petah bercerita tentang asal kewujudan nama tersebut. Entah kenapa hati ini girang bercerita padanya, entah dia faham atau tidak, itu aku tidak pasti. Sememangnya aku pasti itulah permulaan ukhwah kami. Ya, "ipzasweet" juga aku patrikan ia sebagai nama blog aku. Sebab musabab terjadinya nama ipzasweet adalah disebabkan dari satu acara yang tidak disengajakan. Aku suka main permainan dalam komputer dan biasanya aku akan mendapat markah tertnggi dalam setiap permainan yang aku main. Ketika itulah aku ingin mencoret nama gelaranku "ipah" tetapi jari-jemari ini tidak mengikut rentak otak lalu tercetusnya "ipza". Lantas aku berasakan nama itu cukup cantik dan luar biasa, jadi tidak salahnya aku menambahkan "sweet" dibelakangnya, barulah bertambah manis. Cerita ini sepertinya kurang dipercayai Enor. "Ye ke?" katanya ragu-ragu. Tetapi inilah hakikat nama penaku tercipta, biarpun tidak memberi maksud pada luarannya tetapi ia memberi makna dalam hidupku.

Ini lagi seorang kawan aku, namanya Nik Hazimah. Katanya dia merupakan keturunan orang bangsawan yang tinggal di istana Kelantan pada zaman dahulu kala. Buktinya bukan pasti hanya sekadar nama pangkal Nik pada ayahnya dan Wan pada ibunya. Mengikut firasat aku yang sedia pintar, aku merasakan ini sekadar olokkan dia sahaja, tetapi mungkin sahaja benar. Dia ini sahabat aku yang paling comel, manja dan sangat pandai merajuk yang sukar dipujuk. Cukup menggelikan hati bila dikenang kembali peristiwa pertama sekali aku jumpa dia. Waktu itu kami baru sahaja dipindahkan ke Nilai selepas selesai seminggu berorientasi d PJ (kami budak art , memang ditempatkan ke Nilai). Aku jumpa dia di dorm A-1-8, Mahallah Ummu Salamah ( dorm yang memuatkan  seramai 16 orang pelajar). Kami satu dorm, waktu itu aku sedang berkira-kira dengan Enor katil mana yang bakal aku hinggapi. Di situ terdapat dua katil yang menjadi pilihan, yang pertama katil di atas katil Enor dan yang kedua di tepi katil Enor dan merupakan katil hujung sekali kat dalam dorm itu. Sememangnya aku memang menginginkan katik bawah tetapi..... dan ketika itu aku terpandangkan Hazimah yang berlari-lari membawa beg untuk mencari katilnya yang satu. Aku dan dia seperti berebutkan katil dan aku faham kondisi dia yang lebih memerlukan katil bawah lantas dengan rela hati aku lepaskan.

Memori itu terlakar indah di ingatan aku dan dia. Di saat itulah permulaan perkenalan antara aku, Nurul, Enor dan Hazimah tercipta dan mulai menjadi akrab.Di dorm itulah terlukis banyak kenangan ynag sangat indah, tawa dan tangis.

Ini seorang lagi kawan aku. Dia gadis yang gelabah dan sangat pemalu. Gadis ini juga sangat suka bersaing dengan orang lain lebih-lebih lagi dengan kami tetapi hanya dalam pelajaran. Kalau di ajak benda lain memang sukar sedikit. Tapi dia tetap sporting.  Suara dia power sangat sehinggakan boleh dijadikan jam loceng kami tanpa perlu di set. Kalau bab hafal menghafal memang dia sangat terror. Siti Rokiah namanya, aku kenal dia melalui Hazimah. Tidak sekelas tidak jugak sebilik. Siti kawan kepada Hazimah, jadi secara automatiknya aku terkawan sekali dengan dia. Mula-mula kenal memang  tidak rapat. Sesungguhnya mengenali dia buat aku tidak menyesal. Aku ingat lagi masa pertama pertemuan kami. Ianya juga terjadi di dorm A-1-8. Dia datang menemui Zimah, adab ingin berkawan kenalah menegur, lantas aku berbuat demikain. "Nama apa?" Dengan malu-malunya dia menjawab " Siti".  Zimah mencelah, " ore kelate jugok tu", lalu aku " laa yo ko, hmm molek rrrrrr..." Terus aku bertanya lagi. " tak kan Siti je kot nama, mesti ado Siti gapo gapo kan?" Siti hanya tersenyum membiarkan persoalanku dibiar pergi. Bila dah berkawan, lama-lama tahu jugak nama belakangnya. Sekadar itu sahaja saat perkenalan pertama bersama Siti Rokiah "the cute hidden".

Ini kawan terakhir aku, Nurul Nazirah namanya. Budak ini kawan kepada Enor dari zaman sekolah lagi. Secara kebetulan dia pun sam kos dengan aku. Jadi secara automatiknya aku turut berkenal-kenal dengan dia walaupun agak tragik jugak sebelum perkenalan bermula. Dia ada cerita, masa kat PJ lagi dia jumpa aku yang pada masa itu ala-ala sombong tanpa senyum. Aku samar-samar ingat muka dia masa kat sana, kurang memandang dan memerhati orang sekeliling lantas menjadikan aku kurang ingat akan dia. Entah, mungkin aku tidak dapat biasakan diri lagi di waktu itu maka kuranglah senyumannya. Masa kat Nilai, budak ini selalu datang lepak dorm aku pasal Enor kawan dia. Ada sekali malam itu kita orang lepak sambil minum air buatan sendiri cicah biskut kat dorm, dan aku rasa selepas dari malam itu aku dan dia mula berkawan. Kebetulan lagi, Nazirah pulak sekelas dengan Hazimah dan Siti. Nazirah, cita-citanya ingin jadi penulis, nama pena dia Hanin Sakinah. Kalau dia popular suatu hari nanti, ingat lah sekali dia kawan aku ( hehe tumpang populariti).

Macam tak percaya kami boleh jadi BFF dari first sem hinggalah di akhir sem ini di PJ. Secara logiknya persahabatan kami ada ikatan dan ia bersambung.
Aku dan Nurul merupakan kawan sesekolah jumpa pulak Enor budak sebilik. Enor pulak berkawan dengan Nazirah. Nazirah, Hazimah dan Siti pulak sekelas. Sangat ironik. Hmm, maafkan aku jika aku tidak menggunakan BMT (bahasa melayu tinggi) dengan betul. Bak kata Bahruddin Bekri (novelis), ayat BMT memerlukan subjek dan predikat. Tapi tidak mengapa, menulis lah selagi ada daya dan memori. Penagalaman mengajar aku erti kedewasaan. Tanpa sahabat tidak mungkin kita mampu berdiri.

Di saat penghujung ini, ingin aku ceritakan insiden yang berlaku pada malam tersebut. Sahabat aku Siti Rokiah, ayahnya sudah kembali ke Rahmatullah. Sangat perit bagi aku menerima berita ini bahkan lagi dia yang terpaksa melepaskan dua lagi kertas peperiksaan akhir. Secara mengejut, sungguh Allah sangat menyanyangi sahabatku. Allah limpahkan dia dengan pelbagai ujian untuk dia terus tabah dan kuat.

Kami punya impian dan harapan. In sha Allah suatu hari nanti jika diberi peluang , kami akan menubuhkan syarikat konsultan yang di beri nama Gempak Konsultan Sdn. Bhd..

Buat sahabat-sahabatku, maafkan diri ini jika selalu menyakitkan hati kamu dalam nyata dan maya. Aku tahu kalian terasa, tetapi indahnya persahabatan ini. Ianya berlalu tanpa kamu ungkit dan persoalkan. Bagi kalian memaafkan adalah lebih penting. Adab berkawan, bergaduh dah menjadi tradisi. Siapa kata kami semua tidak pernah bergaduh. Sering kali tidak bertegur sapa tetapi alhamdulillah walaupun kerap kali berlaku tapi itulah penambah perisa persahabatan kami. Jumpa lagi di Gombak. Moga Allah tetapkan kita bersama lagi dari segi nurani dan jasmani. In sha Allah. =)


0 comments:

Post a Comment