18 July 2013

My Abah is Awesome!

ASSALAMUALAIKUM...

Bila waktu hujan petang-petang buat aku teringat pulak akan zaman sekolah dulu. Bukan kenangan dengan kawan-kawan, tapi kenangan dengan abah aku sendiri.
Biasalahkan bila diambang SPM, kelas tambahan memang tidak sah kalau tak ada. Jadi, kepenatan abah aku bekerja tidak menghalang untuk dia menjemput aku selepas tamat kelas meskipun dia terpaksa menunggu sehingga aku habis kelas tanpa pulang dahulu ke rumah. Biasanya, abah balik kerja pukul 3.30 petang dan kelas aku habis 4.30 petang.

Abah tetap tunggu aku. Nasib baik kelas tambahan aku tiga hari je seminggu. Abah aku naik motor aje pergi kerja, motor EX5 warna merah yang dah agak lusuh.

Pada suatu petang, macam biasa abah dah menunggu di garaj kereta. Tetapi lain sedikit hari ini, nampaknya cuaca tidak berapa elok. Awan makin mendung dan berat sepertinya hujan akan turun dengan drastiknya tidak lama lagi. Tanpa berbekalkan payung, hujan mulai turun dengan lebatnya di ketika aku dan abha beriringan menongkah arus jalan.


Abah terus jugak menunggang motosikalnya dan sesekali berpaling ke arahku sambil berkata " Basah tak?" "Boleh terus lagi tak ni..?".  Lantas aku menjawab "Tak, boleh je.." Aku sangat tidak kisah walaupun basah, bagi aku sangat seronok tapi kesian jugak kat abah basah.

Setibanya kami di pondok kecil, kami beradu seketika memandangkan hujan lansung tidak ingin berhenti. Jiwa seorang abah memanggil-manggil lantas dia terus menelefon ke rumah memberi arahan agar seseorang datang mengambil aku pulang. Tidak beberapa lama, abang aku sampai dengan kereta. Lalu aku pulang bersamanya meninggalkan abah menunggu hingga hujan surut. Memandangkan  baki perjalanan ke rumah tidak lah sejauh mana, hati aku tidaklah terlampau risau.

Hmm itu abah aku yang berjiwa kental, korang macam mana...???
Setiap bapa di dunia ini sanggup berkorban apa-apa sahaja untuk anak-anaknya, itulah abah yang membesarkan aku dari tapak tangannya yang kasar akibat dari membanting tulang empat keratnya....
Aku sayang abah.




0 comments:

Post a Comment