11 August 2013

Farah & Basyir = 3 syawal

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah farah dan basyir sudah pun sah menjadi suami isteri...
Dua-dua empunya badan sahabat aku dari zaman sekolah hingga ke uia...
Alhamdulillah, jodoh diorang kuat dan sudah pun selamat di satukan...
Dan aku bila??? no one can't answer it, but only Allah know this secret...
In Sha Allah akan datang... hehe ameen...

# aku ingin menjadi halal bagimu....



6 August 2013

Lagii Hari Raye Kawan-kawan!

ASSALAMUALAIKUM....
Kawan-kawan kita nak raya dahh...
JADI... I WISH....


23 July 2013

Terawih pertama

ASSALAMUALIAKUM....

Terawih pertama di masjid Bukit Panau bersama mama, abah dan adik. Sungguh berbeza dulu dan kini, sudah lama tidak bertandang di masjid itu. inilah padahnya jika hanya berkunjung pada waktu keramat sahaja. Tidak hairan terawih pertama manusia berpusu-pusu ramainya di masjid, kadang-kadang menjadi adat bukan sunat. Tidak kurang juga jemaah muslimat, turut hangat jumlahnya. Tidak lupa juga yang paling semangat anak-anak kecil, tidak kira lelaki dan perempuan.

Usai solat isyak berjemaah, bermulalah solat sunat terawih yang hanya mampu diimamkan sebanyak 13 rakkat lantaran imam kurang sihat. Dalam itu, kedengaran anak kecil bermain-main, berbisik-bisik sesama mereka. Hehe nampak sangat ada yang tak kusyuk dalam solat. Terselit juga bunyian mercun api menggegar suasana gemersik masjid. Itulah sedikit sebanyak sekitar terawih pertama di masjid Bukit Panau pada tahun ini.

#sudah ramadhan yang ke 15, baru berkesempatan menulis entry ini...

Alhamdulillah, Alhamdulillah Alhamdulillah...thanks Allah.

19 July 2013

Alhamdulillah =)

ASSALAMUALAIKUM..

Bulan puasa, tak baik bermasam muka... Memandangkan hari ini keluar lah sang surat tawaran yang dinanti-natikan, hati ini berdebar-debar.

Betapa remuknya hati bila semak-semak taawaran, ini yang aku dapat....

Online Offer Letter
Sorry. Please be informed that your application for admission into undergraduate programme is unsuccessful.

On behalf of the University, we take this opportunity to thank you for your interest in the University and we hope you will succeed in your future endeavors

------------------------------------------------------------------------------------------------
Ya Allah...dugaan apa lagi ni, aku tak sanggup.. Hati ini gundah-gulana, cuba dan terus cuba mengharapkan kesilapan. Tapi hampa, keputusan tetap sama. Memandangkan waktu berbuka sudah hampir, aku hentikan dulu desakkan ini. Ya Allah, makan pun tak mampu banyak-banyak. Sungguh, hati hancur.

Selepas maghrib aku cuba lagi dengan membawa harapan dan alhamdulillah......

Syukur nikmat tuhan yang tak terhingga. Kadang-kadang aku terfikir kita sentiasa je bersyukur akan nikmat tapi seringkali mudah alpa apabila mengecapi nikmat itu. Peringatan pada diri sendiri yang mengalaminya.
Alhamdulillah, semoga Allah buka jalan bagi ku untuk mudah mengkaji ilmu baru ini. In sha Allah. Doakan saya....

18 July 2013

My Abah is Awesome!

ASSALAMUALAIKUM...

Bila waktu hujan petang-petang buat aku teringat pulak akan zaman sekolah dulu. Bukan kenangan dengan kawan-kawan, tapi kenangan dengan abah aku sendiri.
Biasalahkan bila diambang SPM, kelas tambahan memang tidak sah kalau tak ada. Jadi, kepenatan abah aku bekerja tidak menghalang untuk dia menjemput aku selepas tamat kelas meskipun dia terpaksa menunggu sehingga aku habis kelas tanpa pulang dahulu ke rumah. Biasanya, abah balik kerja pukul 3.30 petang dan kelas aku habis 4.30 petang.

Abah tetap tunggu aku. Nasib baik kelas tambahan aku tiga hari je seminggu. Abah aku naik motor aje pergi kerja, motor EX5 warna merah yang dah agak lusuh.

Pada suatu petang, macam biasa abah dah menunggu di garaj kereta. Tetapi lain sedikit hari ini, nampaknya cuaca tidak berapa elok. Awan makin mendung dan berat sepertinya hujan akan turun dengan drastiknya tidak lama lagi. Tanpa berbekalkan payung, hujan mulai turun dengan lebatnya di ketika aku dan abha beriringan menongkah arus jalan.


Abah terus jugak menunggang motosikalnya dan sesekali berpaling ke arahku sambil berkata " Basah tak?" "Boleh terus lagi tak ni..?".  Lantas aku menjawab "Tak, boleh je.." Aku sangat tidak kisah walaupun basah, bagi aku sangat seronok tapi kesian jugak kat abah basah.

Setibanya kami di pondok kecil, kami beradu seketika memandangkan hujan lansung tidak ingin berhenti. Jiwa seorang abah memanggil-manggil lantas dia terus menelefon ke rumah memberi arahan agar seseorang datang mengambil aku pulang. Tidak beberapa lama, abang aku sampai dengan kereta. Lalu aku pulang bersamanya meninggalkan abah menunggu hingga hujan surut. Memandangkan  baki perjalanan ke rumah tidak lah sejauh mana, hati aku tidaklah terlampau risau.

Hmm itu abah aku yang berjiwa kental, korang macam mana...???
Setiap bapa di dunia ini sanggup berkorban apa-apa sahaja untuk anak-anaknya, itulah abah yang membesarkan aku dari tapak tangannya yang kasar akibat dari membanting tulang empat keratnya....
Aku sayang abah.