12 December 2013

Dia Sahabat Saya

Pah, kim slm blako.. tq blako deh hantar aku.. makan mempelam aku dalam bilik.. kabo ke wani, duit nanti mintak balik kalau x cukup..
kabo ke siti, baik2 la nge mah.
kabo ke nurul, sep bijok handlle esaimen fiqh.. nanti balik aku buat bahagian aku..
kabo ke enor, emmm aku syg mu nor...haha..

Nampak x sweetnya aku di situ..hahaha. aku dapat rasa sep mu jeles niie..tgk tu, wani panas dh tu... by the way, syg sep mu semua..selamat malam...hehehe

# pesanan ringkas dari sahabat saya ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya baru sahaja tadi...
Tiada kata-kata yang dapat terucap, aku sangat bersyukur punya kawan semulia ini...
#sungguh sayang kamu selama-lamanya...


foto cc.  to farehah farhan

11:55pm
12/12/13

9 December 2013

Sejujurnya....

ASSALAMUALAIKUM...


Ditujukan khas buat kau insan yang amat aku hargai....

Hidup kita tanpa bicara seketika.....
Bukan satu fenomena, tapi suatu kesakitan pada batin...
Sejujurnya, bukan ini yang kupinta...
Aku hanya ingin kau mengerti kondisi diri...
Bukan aku pengecut, bukan juga aku hipokrit...
Aku hanya perlu teman yang bisa mengerti...

Aku belum cukup kuat..
Belum lagi segagah engkau wahai kawan...
Bila aku diam, sapalah aku dengan gurauanmu...
Kerana itu yang boleh hilangkan gundahku...
Sejujurnya, aku khilaf padamu wahai kawan..
Maafkan diri ini yang pengecut...

Beban yang harus aku galas, kau pikul...
Aku yang bebal, memiliki kawan sehebat ini tidak mungkin aku biar pergi...
Kerana kau lah yang aku tungggu....
ITU KAMU...

Kita sahabat selamanya!

20 November 2013

Pak Latip @ Pak Talib???

ASSALAMUALAIKUM.....

Indah sungguh hari ini. Sekali lagi kenangan indah tercipta. Kenangan yang akan selalu menjadi koleksi pengalaman hidupku.... Kali ini bersama dengan penulis buku sejarah Islam terkenal, Pak Latip Talib. Tepat sekali, kita hanya merancang, Allah yang akan mementukan segalanya.

Permulaanya berkisar tentang sahabat aku, Nurul Nazirah. Dia mendapat peluang ditemu ramah sebagai peminat Pak Latip yang telah selesai dijalankan pagi tadi di kedai PTS, Batu Cave. Aku dan kawan aku, Syazwani hanya sekadar menemaninya. Tetapi tidak disangka perbualan terakhir kami menjadi kenyataan. Tanpa persediaan aku dan Wani ditemu ramah sebagai peminat beliau. Bukan peminat tegar, hanya sekadar-sekadar membuatkan kami hilang butir bicara. Kekadang menggelikan, memalukan dan menyeronokkan, kerana ini sebuah pengalaman dan kenangan. Pertama kali berjumpa dengan beliau, sangat segan sekali. Tambahan pula aku tersilap sebut namanya, Pak Latip jadi Pak Talib...Allah..... malu yang amat. Sempat membeli beberapa buah buku dengan harga potongan istimewa. Alhamdulillah.

Sekadar catatan untuk kenang-kenangan kami....
[Nurul Nazirah  Nur Syazwani Nur Afifah]
[21/11/13]

#Akan disiarkan dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 minggu hadapan. =)

Bersama Pak Latip, seorang yang sangat peramah dan bersederhana

Di ajar berkata-kata

4 November 2013

I'm A New Intake Student

ASSALAMUALAIKUM...

Sudah tiba masanya untuk aku mula mengeluarkan satu kenangan yang dulu-dulu untuk tatapan warga maya. Setelah sekian lama diri tidak berinteraksi dengan alam maya ini walaupun sering kali menjengah muka buku, akan tetapi blog aku lupakan.

Sudah dua bulan aku menjalani hidup di bumi UIAM GOMBAK, terasa banyak kelainannya berbanding dulu. Dalam keadaan diri sudah terpisah jauh dengan kawan-kawan, bagaikan jarak menghalang segala-galanya. Tetapi ia tidak semudah itu menghancurkan segala yang sudah terjalin.

Pada 06/09/13, di tarikh keramat ini aku mula melangkah kaki dengan iringan ibu bapaku yang masih punya harapan yang sama untuk setiap anak-anaknya. Melangkah dengan tujuan dan harapan. Mencipta  seribu satu kenangan. Kenangan yang tak akan mampu orang lain miliki kerana aku yang mencipta kenangan itu.
Doa dan nasihat tidak pernah hilang dari bibir sang ibu dan ayah, kepercayaan yang diberi tidak pernah ada sangsi. Itulah ibu dan ayah.

Aku menetap di Mahallah Safiyyah bersama sahabatku  Siti Rokiah. Mempunyai satu bilik yang menempatkan 8 orang dan setiap compartment memiliki dua orang penghuni. Malangnya, di Safiyyah agak sempit ruangan bilik berbanding dengan rakan-rakanku yang lain. Kebayakkan mereka menetap di Mahallah Asma' dan Hafsah, agak eksklusif dan lebih private. Mempunya 4 compartment, dan setiap seorang menghuni satu bilik dengan selesannya. Sudah tekad di hati, sebelum mendaftar. Ingin memohon pertukaran mahallah, mungkin ke Hafsah atau Asma'. Masih menanti tarikh permohonan.

Begitulah situasi yang dapat aku ceritakan. Tidak lupa juga Ta'aruf Week yang mulai mengukirkan bibit-bibit kenangan pertamaku di UIAM.

Sekian.

27 September 2013

Langkah Seribu

Saksikan kami dalam program Pentas Cinta yang akan mengupas tentang tajuk Fitrah Cinta. Jangan lepaskan peluang ini bertempat di UIAM Gombak, Education Building bertarikh 30 September 2013.
Kehadiran dan sokongan anda amatlah kami syukuri.

#sekadarpembentangnbmsahaja...hehe
apa2 pun doakan kami....

29 August 2013

Dessert Trifle

ASSALAMUALAIKUM...

Entry kali ni terasa nak share resepi dessert trifle lak...
Tahu tak trifle tu macam mana?
Kak ipar aku pun tak tahu..hahaha... Yang buat aku semangat nk tulis entry ni pasal dia puji aku punya trifle sedaaapppp....hehe.
Macam mana nak buat??? Alaaaa senang je... Trifle aku ni jenis masakkan kampung je, bukan ala-ala 5 stars tau!
Okeyh let's check it out!!

---->Bahan-bahan :
1. Koktel buah-buahan 1 tin










2. Susu cair 1 tin











3. Tepung kastard














4. Kek gulung












5. Agar-agar jelly











6. Gula & susu pekat (bahan tambahan)


---->Cara-cara : Lapisan kedua

*Mula2 masukkan susu cair 1 tin ke dalam periuk dengan kadar api yang perlahan (takut hangit pulak). Masukkan tepung kastard 3 sudu @ lebih (atas kepekatan) yang telah pun dicairkan dengan air sedikit (untuk mengelakkan tepung tak hancur). 



*Biasanya saya tambah gula dan susu pekat dua tiga sudu. Tak tambah pun tak pe. Kalau nak tambah air sikit pun boleh, tapi pastikan tepung kastard perlu banyak supaya nanti ia pekat, kalu cair tak jadi.

Lapisan pertama :

* Ambik bekas hidangan, hiris kek tadi sebanyak mana yang nak tapi sesedapnya kasi semua tutup ruang bekas tu. Kasi rata. Lepas tu taburkan air koktel buah tadi keliling kek, supaya nanti dapat rasa air buah pada kek dan selepas  itu penuhkan ruang atas kek dengan taburan koktel ( jangan tabur habis, simpan untuk kegunaan bahagian top pulak).

* Kemudian ambil bahan yang dimasak tadi dan masukkan ia ke dalam bekas yang sama. Sekali lagi taburkan baki koktel tadi.

Lapisan ketiga :

* Masak agar-agar jelly tadi hingga hancur dalam kuantiti yang sedikit. Biasanya saya guna warna merah. Tampak lebih cantik dan menyelerakan.


* Next, tuangkan ia di atas lapisan kedua tadi. Boleh je kalau nak letak bahan hiasan lain pun boleh. Laaagi cantik...


SIAP ! =)
TADAAAA..............................................

















Jangan lupa di sejukbekukan terlebih dahulu yer...makan sejuk-sejuk lagi best...hehe
Selamat mencuba.

Wassalam

#r4bia... Pray 4 them..

25 August 2013

Si Anak Kecil

"Abah, balik lah.. Orang rindu abah". Sayut-sayut kedengaran esakkan anak kecil dengan rintihan pilu merindukan kasih seorang bapa. Hatiku tersentuh lantaran rintihan yang sungguh syahdu. Dinihari itu si anak kecil masih merintih sayu tanpa lelah, mengharapkan kepulangan abah tercinta.
Nurul Asiah binti Mohd Arifin diberi nama, seiring dengan kisah ketabahan Asiah, isterinya Firaun. Anak kecil ini tetap kuat berada di kemelut kesunyian, masih lagi mampu tersenyum riang menghabiskan sisa zaman kecilnya sepersis kanak-kanak normal.
Hatiku tersayat lantas otakku mula melakukan olah gerak mencari punca ke mana hilangnya sang ayah. Sejenak aku terfikir, abahnya sering kali mengadu sakit lantaran penyakit yang ditanggungnya sekian lama makin bertindak aktf. Kencing manis ataupun bahasa saintifiknya diabetes, rakyat Kelantan sudah tentunya terkenal dengan makanan manis dan cukup sinonim dengan penyakit ini kerana merupakan negeri yang mempunyai ramai pengidapnya. 
"Aduh.. Aduh.. Ya Allah sakitnya.." Rintihan ini sering kali meniti di bibir tua sang ayah dikala malam menjelma yang sering kali menggangu lena malamnya. "Mungkin saja abahnya dimasukkan ke hospital" Hatiku cuba menebak. Itu sahaja yang mampu aku fikirkan, tidak sanggup terus berfikir lebih jauh.
Di kala lewat petang itu, kulihat si anak kecil itu bermain-main dengan basikalnya seolah-olah tangisan dan rintihan itu bukan miliknya. Sejurus melihat raut wajahnya yang riang, hati ini berkobar-kobar ingin tahu akan ke mana hilangnya abah.
"Uyu.. Uyu.. Kak Ipah dengar Uyu nangis tadi.. Kenapa?" "Hehe abah orang kena tahan kat hospital 30 hari, lama Kak Ipah..." Persoalan aku terus terjawab, bibir hanya mampu mengucapkan kata sabar dan harapan untuk kesembuhan abahnya.

# Jom sama-sama doakan agar abahnya si adik manis ini lekas sembuh dan terus membahagiakan ahli keluarganya...
"NURUL ASIAH ANAK SOLEHAH, semoga terus berada dalam dakapan Ilahi" 
Wassalam